ABANG kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi sisi peribadi adiknya itu tentang perasaan cinta yang jarang diketahui umum.Menurut Space Dollah atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Abdul Rahman 36, dia akhirnya menyaksikan sendiri detik membuktikan Syed Saddiq benar-benar jatuh cinta dengan pelakon Bella Astillah. "Saat saya tahu kamu (Syed Saddiq) benar-benar jatuh cinta ialah bila saya dengar kamu berkata 'I love you' kepada Bella. Netizen membuat spekulasi Space Dollah memberi petunjuk mengenai tarikh pernikahan Bella (kanan)."Fakta menarik, dalam 33 tahun mengenalinya (Syed Saddiq), saya tidak pernah sekali pun mendengar dia mengucapkan kata-kata itu. "Saya doakan yang terbaik untuk kamu berdua," katanya. Space Dollah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya selepas adiknya sah bergelar tunangan kepada Bella pada Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: Ucapan penuh romantis Syed Saddiq selepas menjadi tunangan Bella Astillah… “Saya menyayangi Bella kerana dia mempunyai dua anak yang hebat”ARTIKEL BERKAITAN: BASS selamat bertunang! Syed Saddiq beri hantaran ‘rare’ buat Bella Astillah… Antaranya buka akaun Tabung Haji dan Simpan SSPN untuk anak-anakDalam pada itu, hantaran yang dikongsi oleh Space Dollah di Instastory turut mendapat perhatian ramai. Menerusi perkongsian dibuat, tertera angka “448257” dengan latar muzik lagu Wo Yao Ni De Ai (I Want Your Love) nyanyian Jasmine Chen, yang menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan pengikut.Rata-rata netizen membuat spekulasi bahawa Space Dollah memberi gambaran ia merupakan petunjuk mengenai hari pernikahan Syed Saddiq dan Bella. "44 hari 82 jam 57 minit lagi untuk nikah? Mungkin. "44 Hari 82 Jam 57 Minit = 15 Mei 2026."5 hari + 4 jam + 31 minit (Jumaat 3 April)," tulis netizen. Syed Saddiq (kiri) dan Bella selamat bertunang pada 28 Mac 2026.Pada Sabtu, Syed Saddiq dan Bella menamatkan spekulasi mengenai hubungan mereka dengan mengikat tali pertunangan. Hubungan Syed Saddiq dan aktres berkenaan mula menjadi perhatian sejak akhir 2024 apabila beberapa foto dan video mereka tular di media social serta mendapat perkongsian meluas dalam kalangan peminat. Kedua-duanya sebelum itu dilihat bekerjasama dalam kempen sebuah jenama, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai hubungan istimewa antara mereka.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube