suria

Ucapan penuh romantis Syed Saddiq selepas menjadi tunangan Bella Astillah… “Saya menyayangi Bella kerana dia mempunyai dua anak yang hebat”

Syed Saddiq dan Bella menghitung hari bahagia.

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman,34, menyifatkan tunangnya yang juga penyanyi dan pelakon, Bella Astillah sebagai wanita luar biasa. 

Menurut Syed Saddiq, sepanjang perkenalan mereka, dia berpeluang melihat sisi berbeza Bella yang tidak diketahui umum.

Malah, dia menganggap dirinya lelaki paling bertuah kerana dapat menambat hati wanita tersebut.

Bella dan Syed Saddiq dilihat tersenyum bahagia.

“Saya berucap bukan sebagai Ahli Parlimen atau pembahas, tetapi sebagai lelaki paling bertuah di bumi ini. 

“Saya dapat melihat sisi berbeza Bella. Dia seorang wanita yang sangat luar biasa, berbakat dan juga ‘iron lady’.

“Mungkin ramai kenal dia di pentas atau melalui kerjayanya, tetapi saya berpeluang melihat sisi lain seorang wanita yang tidak pernah kenal erti penat.

“Dalam kepenatan, dia tetap bangkit. Dalam kejatuhan, dia cari jalan untuk berdiri semula. Itu yang buat Bella sangat istimewa,” katanya ketika majlis pertunangan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: BASS selamat bertunang! Syed Saddiq beri hantaran ‘rare’ buat Bella Astillah… Antaranya buka akaun Tabung Haji dan Simpan SSPN untuk anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Bella Astillah ucap tahniah, panggil Syed Saddiq ‘daddy’

Dalam pada itu, Syed Saddiq mengakui sifat baik Bella menjadi faktor utama dia jatuh cinta.

Jelasnya, kebaikan yang dimiliki Bella bukan sahaja ditunjukkan kepada keluarga dan orang terdekat, malah kepada sesiapa sahaja yang hadir dalam hidupnya.

“Kalau ada satu perkataan untuk rumuskan Bella, dia bukan sekadar kuat tetapi sangat baik. Dia baik dengan keluarga, ibu bapa, keluarga saya, adik-beradik, malah dengan orang yang dia tak pernah kenal pun.

Alhamdulillah, segala kebaikan itu datang daripada ibunya.

SYED SADDIQ

AHLI PARLIMEN MUAR

“Kadang-kadang selepas lebih 12 jam bekerja, walaupun penat dia tetap melayan orang sekeliling dengan penuh hormat,” kongsinya.

Katanya lagi, hubungan mereka yang bermula sebagai rakan memberi ruang untuk dia mengenali keperibadian sebenar Bella sebelum timbul perasaan cinta.

“Saya kenal Bella sebelum jatuh cinta sebagai seorang kawan. Dari situ saya nampak sendiri bagaimana dia layan orang sekeliling, termasuk staf dan individu yang baru dikenalinya,” ujarnya.

Dalam masa sama, Syed Saddiq turut menyentuh mengenai dua anak Bella, Ayden dan Ara, yang dianggapnya sebagai anugerah istimewa.

Ibu Syed Saddiq sarungkan cincin pada Bella.

Tambahnya, didikan Bella terhadap kedua anaknya menjadi bukti dia merupakan seorang ibu yang hebat.

“Saya menyayangi Bella kerana dia mempunyai dua anak yang hebat iaitu Ayden dan Ara. Itu sesuatu yang sangat istimewa. Ara, walaupun saya tidak boleh menari sebaik anda, saya harap Ara boleh menerima saya.

“Ayden pula, saya harap kita boleh berlatih bersama dan berkongsi apa sahaja, termasuk perkara yang Ayden baca. Mereka berdua anak yang luar biasa.

Anak-anak jadi penguat kasih sayang Bella dan Syed Saddiq.

“Alhamdulillah, segala kebaikan itu datang daripada ibunya, sama seperti kebaikan yang saya miliki datang daripada ibu dan ayah saya,” kongsinya.

Terdahulu, Syed Saddiq menamatkan spekulasi mengenai hubungannya dengan Bella apabila mengumumkan mereka bakal melangsungkan pertunangan pada Sabtu.

Hubungan rapat Syed Saddiq dan Bella mula menjadi perhatian sejak akhir 2024 apabila beberapa foto dan video mereka tular di media sosial serta mendapat perkongsian meluas dalam kalangan peminat.

Kedua-duanya sebelum itu dilihat bekerjasama dalam kempen sebuah jenama, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai hubungan istimewa antara mereka.

Untuk rekod, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Aliff Aziz pada 9 September 2016 sebelum bercerai pada 13 Jun 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain