SERBA ringkas namun penuh eksklusif, majlis pertunangan pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang dijadual berlangsung petang Sabtu dijangka bakal dihadiri 150 tetamu. Difahamkan tetamu istimewa yang diundang meraikan momen bahagia itu terdiri daripada keluarga dan rakan terdekat.Setiap sudut dekorasi menceritakan perjalanan hubungan mereka. Majlis yang diadakan di sebuah lokasi di ibu negara itu juga menggunakan tanda pagar #BellaSyedYes sebagai simbolik penyatuan cinta mereka. Difahamkan, persiapan akhir kini giat dijalankan dengan konsep dekorasi yang menampilkan pelamin ringkas tetapi tampak mewah dan elegan, selari dengan tema yang dipilih pasangan berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki anak-anak dapat ‘daddy’ Syed Saddiq, rakan artis terharu lihat perjuangan Bella Astillah ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah, Syed Saddiq bertunang hari ini… “Bukan pengakhiran cerita, ini permulaan”Elemen minimalis dengan sentuhan warna putih menjadi pilihan utama bagi mengekalkan suasana eksklusif tanpa berlebihan.Sebelum ini, hubungan istimewa Bella dan Syed Saddiq menjadi bualan ramai sebelum mereka akhirnya mengesahkan bakal melangkah ke fasa lebih serius dengan majlis pertunangan ini.Majlis pertunangan Syed Saddiq dan Bella menjadi perhatian ramai. Pengumuman itu dibuat Syed Saddiq dalam satu perkongsian di akaun Instagram milikya apabila memuat naik video memberikan cincin lamaran kepada Bella ketika mereka melakukan misi mendaki Gunung Kinabalu di Sabah sebelum ini. Malah dia juga mengimbas kembali hubungan mereka yang bermula atas dasar kerja sehingga terbit rasa cinta.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube