suria

Rezeki anak-anak dapat ‘daddy’ Syed Saddiq, rakan artis terharu lihat perjuangan Bella Astillah

Peminat juga sentiasa mendoakan kebahagiaan Bella dan Syed Saddiq.

BERITA pertunangan pasangan Bella Astillah dan Syed Saddiq mendapat pelbagai respons di media sosial termasuk ucapan rakan artis yang sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka.

Pelakon Datin Paduka Umie Aida dalam ucapannya turut meluahkan rasa syukur dengan kehadiran Syed Saddiq dalam hidup Bella serta diterima baik oleh anak-anak aktres berkenaan.

"Satu langkah yang menunjukkan kesungguhan dalam sebuah hubungan. Satu sahaja pertanyaan kita pada Bella... Macam mana hubungan Syed dengan anak-anak?

Umie berkongsi kegembiraan Bella kembali bertemu jodoh. 

"Rezeki anak-anak Bella, dipertemukan dengan seorang lelaki yang hadir bukan sekadar sebagai pasangan tetapi sebagai 'daddy' yang menerima mereka sepenuh hati," katanya.

Umie berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran di Instagram miliknya berserta video memaparkan pertemuannya bersama Bella dan anak-anak ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dalam masa yang sama, dia juga melihat majlis pertunangan Bella dan Syed Saddiq yang berlangsung pada petang Sabtu sebagai satu permulaan terbaik buat pasangan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah, Syed Saddiq harap majlis pertunangan berjalan lancar… “Dibuat secara sederhana dalam suasana penuh kasih sayang” 

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah, Syed Saddiq bertunang hari ini… “Bukan pengakhiran cerita, ini permulaan”

Sementara itu, pelakon Riena Diana turut berkongsi ucapan dengan menggunakan tanda pagar #BASS sebagai tanda meraikan hari bahagia Bella.

Baginya, Bella telah melalui banyak dugaan dalam hidup sebelum ini dan pertemuannya bersama Syed Saddiq merupakan satu perjalanan yang cukup bermakna.

"Selepas apa yang dia lalui, dengan apa yang kita saksikan, dia layak untuk bahagia. Bukan satu perjalanan mudah, namun dia tetap kuat.

Rakan-rakan artis berkongsi rasa gembira melihat hubungan Bella dan Syed Saddiq. 

"Tidak semua orang faham ceritanya, namun kita melihat bagaimana dia berjuang untuk ini. Apa yang boleh kita lakukan adalah memberi sokongan dan rasa gembira untuknya," luahnya.

Terdahulu, Syed Saddiq yang juga merupakan Ahli Parlimen Muar menamatkan spekulasi hubungannya dengan Bella apabila mengumumkan mereka bakal melangsungkan majlis pertunangan pada Sabtu.

Untuk rekod, Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Aliff Aziz pada 9 September 2016, namun sah bercerai pada 13 Jun 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain