SELEPAS sekian lama membawa diri akibat pelbagai masalah peribadi, pengarah Syamsul Yusof akhirnya sudah kembali ke pangkuan keluarga dan kini sedang dalam fasa membina semula semangatnya.Bapanya Datuk Yusof Haslam mendedahkan kepulangan anaknya itu sebenarnya sudah berlaku sejak beberapa bulan lalu, namun mereka memilih untuk tidak menguar-uarkannya kepada umum. "Sebenarnya Syamsul sudah balik dan jumpa kami sejak tiga bulan lalu, tapi kami tidak war-warkan. Cumanya raya ini isteri saya ada ambil gambar. Syamsul kini nampak lebih gembira bersama keluarga. "Alhamdulillah saya nampak dia sudah kembali bersemangat semula. Saya juga ada nasihatkan dia walau apa sekalipun berlaku, perjuangan harus diteruskan," katanya kepada mStar. Yusof memaklumkan perkara itu ketika ditemui pada malam gala filem Malaikat Malam baru-baru ini. Sebagai bapa, Yusof sentiasa menitipkan pesanan agar Syamsul tidak terus membiarkan diri dibelenggu kesedihan sehingga mengabaikan bakat besar yang dikurniakan Tuhan dalam bidang perfileman.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bimbang kenyataan keruhkan keadaan, Syamsul Yusof pilih selesai isu dengan ibu bapa secara peribadiARTIKEL BERKAITAN: Kagum karya Syamsul Yusof, Jastis Arimba harap ada filem tentang PalestinTegas Yusof, Syamsul perlu bangkit dan tidak seharusnya mengasingkan diri daripada dunia luar hanya kerana rintangan hidup yang melanda sebelum ini."Jangan patah semangat sebab kamu ada bakat. Jangan sia-siakan bakat yang Allah sudah bagi. Terus pandang ke hadapan. Tidak boleh murung dan asingkan diri," jelasnya.Lebih menggembirakan, Yusof memaklumkan Syamsul kini sudah mula menunjukkan minat untuk kembali ke kerusi pengarah bagi menyelesaikan beberapa projek yang tertangguh.Difahamkan, Syamsul bakal menyiapkan dua filem iaitu Original Gangster (OG) dan Khawarij pada tahun ini. Syamsul dikatakan bakal kembali dalam industri seni pada tahun ini."Alhamdulillah saya nampak semangat Syamsul pun sudah mula ceria dan dia mahu teruskan projek yang terbengkalai. Dia ada dua filem iaitu OG Gangster dan juga Khawarij."Dua karya ini akan disiapkan tahun ini dan bakal ditayangkan pada hujung tahun atau awal tahun depan."Sebagai bapa saya rasa bersyukur apabila dia sudah mula ceria, bersemangat dan harap dapat teruskan dalam bidang ini semula."Hidup ini adalah satu perjuangan dan segala masalah dan rintangan adalah asam garam dalam kehidupan," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube