PERKONGSIAN ringkas penyanyi Zizi Kirana tentang sebaris maksud ayat al-Quran menimbulkan tanda tanya ramai. Dalam hantaran tersebut Zizi atau Nur Fazelah Mad Tahil, 41, memuat naik maksud ayat dari surah Ghafir tentang perasaan berserah kepada ketentuan Tuhan. "Dan aku menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku) sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hamba-Nya," tulis Zizi di Threads pada Jumaat. Perkongsian Zizi di Threads. Biarpun tidak menjelaskan secara terperinci, namun perkongsian tersebut seolah-olah menggambarkan luahan peribadi penyanyi berkenaan. Malah perkongsian itu turut mendapat respons pelbagai pihak termasuk doa supaya Zizi mendapat kehidupan lebih tenang. Hantaran tersebut juga mengundang spekulasi apabila ada yang mula mengaitkan kisah rumah tangga Zizi bersama suaminya, Yusuf Bahrin. ARTIKEL BERKAITAN: Tak raya bersama, Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana tidak tinggal sebumbung? ARTIKEL BERKAITAN: Dakapan Umie Aida pada Zizi Kirana penuh makna, undang sebak netizen...Status Zizi dan Yusuf Bahrin masih undang tanda tanyaSebelum ini status perkahwinan mereka menjadi tanda tanya ramai kerana dilihat tidak meraikan sambutan 1 Syawal bersama. Malah menurut sumber, mereka kini dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung. Untuk rekod Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada September 2021 dan belum dikurniakan cahaya mata.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube