PELAWAK Mamat Sepah menegaskan dia tidak pernah menyimpan rasa benci terhadap bekas rakan seperjuangannya, Jep Sepahtu meskipun mereka kini sudah tidak sehaluan.Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad, 40, berkata dia kurang selesa apabila nama Jep sering dikaitkan kerana mahu menghormati ketiadaan pelawak itu dalam kehidupannya kini. “Sampai hari ini masih ada orang bercakap tentang Jep, saya tak suka perkara itu.Mamat mahu berhenti dikaitkan dengan Jep.“Sebab Jep pernah ada dalam sebahagian hidup saya, macam kekasih yang putus cinta. Kita tak boleh sewenang-wenangnya bercerita tentang dia sebab dia pernah ada dalam hati saya,” katanya.Mamat berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu dalam Podcast Sementara Teman.Dalam pada itu, Mamat berkata dia tetap menghargai dan mengenang jasa dua sahabat iaitu Jep serta Shuib yang disifatkan sentiasa mempunyai tempat istimewa di hatinya.ARTIKEL BERKAITAN: Tiada faedah bergaduh! Jep Sepahtu nafi bermasam muka dengan Shuib, Mamat… "Kalau jumpa boleh tegur dan minum sekali"ARTIKEL BERKAITAN: [V] Mamat Sepah dah terima RM20,000 selepas setahun beri muka, pelik rakan lain belum dapat baki bayaran“Kalau nak bercerita tentang Jep dan Shuib, sampai bila-bila mereka ada dalam hati saya.“Ruang itu saya tak pernah buka untuk sesiapa. Saya ada kawan-kawan lain sekarang, tapi kami dulu pernah sama-sama melalui zaman bujang,” ujarnya.Tambah Mamat, dia juga memilih untuk tidak terlalu kerap menyebut nama Jep bagi mengelakkan salah faham orang ramai.Selain itu, dia juga ingin mengelakkan orang ramai berpendapat dia ingin meraih populariti dengan nama tersebut.Mamat akui persahabatan mereka satu kenangan indah buatnya.“Masa zaman bujang saya dan Jep kerja kilang. Shuib pun pernah kerja dengan Jep.“Tapi saya tak mahu terlalu menyebut nama dia sebab nanti orang kata saya ‘overclaim’, seolah-olah nak guna nama dia untuk raih perhatian.“Bukan itu niat saya. Tapi kalau soal kasih sayang, saya dan Shuib memang sayangkan dia,” luahnya.