BEKAS Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin meninggal dunia pada petang Jumaat.Berita pemergian Allahyarham dikongsikan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim di Facebook. "Saya amat berdukacita menerima berita pemergian sahabat saya ini. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh."Buat seluruh ahli keluarga, semoga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini. Al-Fatihah," tulisnya.Bagaimanapun Ahli Parlimen Arau itu tidak berkongsi punca kematian Allahyarham.Untuk rekod, Allahyarham Zahidi, 65, memegang jawatan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia dari 2020 hingga 2022.Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Padang Besar selama dua penggal, selain pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beseri.