PENDEDAHAN penyanyi Nubhan sebelum ini tentang rumahnya didatangi pengutip hutang mengundang pelbagai respons termasuk dakwaan dia memiliki kereta yang dibeli atas nama bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.Menepis dakwaan tersebut, Nubhan, 40, menegaskan semua kereta dibeli atas namanya dan tiada sebarang isu berkaitan bayaran tertunggak. "Boleh saya tahu kereta mana yang saya tak bayar? Setahu saya, kereta semua atas nama saya.Komen balas Nubhan di Threads. "Tak perlu boikot, saya ini cari rezeki halal tolong orang kampung," katanya.Dalam satu komen berbeza, Nubhan turut mempersoalkan seorang pengguna media sosial yang memberitahu seolah-olah individu itu mengetahui secara terperinci kisah di sebalik isu berkenaan."Apa sebabnya? Saya pun nak tahu juga. Dah sampai ke rumah pula pengutip hutang tuntut RM2 juta lebih," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Pengutip hutang tagih bekas isteri bayar RM2.3 juta, Nubhan bimbang keselamatan diri dan anak-anak ARTIKEL BERKAITAN: “Buktikan” - Dr Fie cabar Nubhan tunjuk bukti dakwaan hutang RM2.3 jutaSebelum ini, Nubhan mengejutkan ramai apabila mendedahkan rumahnya didatangi pengutip hutang yang didakwa menuntut bayaran tertunggak daripada Dr Afifah atau Dr Fie.Susulan kejadian pada 23 Oktober itu, Nubhan tampil membuat laporan polis bagi menjamin keselamatan diri dan keluarga yang berada di kediaman itu.Malah, penyanyi ini juga menegaskan dia sudah berbincang dengan pihak peguam bagi mengambil tindakan selanjutnya.Nubhan menunjukkan bukti rumahnya didatangi pengutip hutang. Untuk rekod, Dr Fie dan Nubhan mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015 sebelum bercerai talak dua pada 2 Disember 2025.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3.Dr Fie kemudian kembali berkahwin dengan Amrul Anuar pada 1 November.