suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kantoi buat panggilan berahi dengan skandal, isteri hilang sabar kelar tangan suami guna pisau dapur

Wanita itu mengaku melakukan serangan terhadap suaminya. -Foto Workpoint News

SEORANG isteri bertindak di luar kawalan apabila tergamak mengelar tangan suaminya menggunakan pisau dapur selepas mengetahui kecurangan lelaki itu.

Kejadian yang berlaku di sebuah kawasan perumahan di Udon Thani, Thailand itu terbongkar selepas seorang jiran menghubungi polis kerana bimbang pertengkaran mereka semakin serius.

Menurut laporan, anggota polis yang tiba di lokasi menemukan kesan darah di luar rumah pasangan berkenaan.

Wanita berusia 49 tahun dikenali sebagai Ngamta ditemui dengan kecederaan ringan pada pergelangan tangan kanannya sebelum mengaku menyerang suaminya, Roj, 62.

Ketika disoal, Ngamta memberitahu polis dia mula curiga apabila suaminya masuk ke sebuah bilik sambil membawa telefon bimbit.

Dia kemudian mengekori lelaki itu secara senyap sebelum mendapati suaminya sedang beronani sambil melakukan panggilan telefon berunsur seksual dengan wanita lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita mengamuk, serang suami di kafe... Rupanya ‘dating’ dengan janda, siap bawa anak

Berang dengan perkara tersebut, Ngamta mencapai sebilah pisau dapur lalu mengelar tangan kiri suaminya.

Menurut laporan DailyNews, Roj sudah mendapatkan rawatan di hospital sebelum pihak polis tiba di kediaman berkenaan.

Bagaimanapun, tahap kecederaannya tidak didedahkan.

Ngamta turut mendakwa dia sudah mengesyaki suaminya berlaku curang selepas mereka tidak melakukan hubungan seks selama lebih sebulan.

Setakat ini, Roj belum memberikan kenyataan kepada pihak polis berhubung kejadian itu.

Artikel Lain