PELAKON Dilraba Dilmurat mengejutkan ramai apabila mendedahkan masih belum memiliki rumah sendiri biarpun mempunyai nilai kekayaan bersih mencecah 245 juta yuan (RM149 juta).Menurut laporan media, Dilraba, 34, berkata dia tidak melihat keperluan untuk membeli kediaman sendiri memandangkan tuntutan kerjaya menyebabkan dia lebih banyak menghabiskan masa di luar kawasan. Pelakon kelahiran Xinjiang, China itu menganggap mana-mana tempat yang membolehkannya membuka beg pakaian dan menyimpan barangan peribadi sebagai rumah.Dilraba lebih selesa menginap di hotel.Sejak memulakan kerjaya pada usia 18 tahun, Dilraba sudah terbiasa dengan kehidupan berpindah-randah kerana perlu berulang-alik ke pelbagai bandar dan negara demi komitmen kerja.Pengalaman itu juga membuatkan dia mengehadkan kapasiti barangan peribadi yang boleh dimuatkan dalam sebuah beg pakaian sahaja.ARTIKEL BERKAITAN: Dilraba disabotaj stesen TV, pilih foto buat muka nampak hodohARTIKEL BERKAITAN: Dilraba Dilmurat diraba, peminat lelaki sentuh bahu dan peluk tubuhMalah, Dilraba mengakui lebih selesa menginap di hotel bertaraf lima bintang kerana segala keperluan termasuk makanan dan perkhidmatan mengemas bilik sudah disediakan.Aktres itu berkongsi rutin ringkas setiap kali tiba di bilik hotel, dia mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan barangan daripada beg, membentangkan cadar sendiri serta menyusun kelengkapan mandian.