PENYANYI Nubhan mendedahkan sekumpulan pengutip hutang hadir ke kediamannya bagi mencari bekas isteri, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek menuntut bayaran berjumlah RM2.3 juta.Menerusi perkongsian terbaharu, Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, 40, menjelaskan insiden kediamannya didatangi individu berkenaan berlaku pada 23 Oktober lalu dan dia terpaksa mendedahkan kepada umum kerana ia perkara yang serius. Nubhan juga memaklumkan dia telah membuat laporan polis dan sudah berbincang dengan pihak peguam untuk mengambil tindakan lanjut kerana tidak mahu membiarkan keselamatan diri serta anak-anak terancam.“Pengutip hutang itu datang pada 23 Oktober 2026. Perkara ini sangat-sangat serius. Saya mengambil keputusan untuk beritahu sekarang sebab saya rasa perkara ini tidak boleh didiamkan.Hantaran Nubhan di Threadsnya. “Jumlah yang diminta adalah sebanyak lebih RM2 juta. Saya telah pun buat laporan polis atas keselamatan anak-anak, keluarga dan diri saya,” katanya melalui satu hantaran di Threads pada Khamis. Dalam hantaran sama, Nubhan turut memuat naik salinan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Paroi, Seremban, Negeri Sembilan pada pukul 3.25 petang, hari kejadian.Tegas mempertahankan keselamatan keluarganya, Nubhan memberi amaran bahawa dia tidak akan sesekali bertolak ansur sekiranya isu berkenaan menggugat ketenteraman anak-anaknya.ARTIKEL BERKAITAN: Nubhan dakwa rumah didatangi pengutip hutang cari bekas isteri, tak teragak-agak ambil tindakan undang-undangARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri Nubhan selamat bernikah dalam majlis tertutup, Dr Fie terima mas kahwin satu dinar emas“Seperti saya cakap sebelum ini, jika membabitkan keluarga, saya tidak akan berkompromi.“Saya juga telah berbincang dengan pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” tegasnya lagi.Sebelum ini, pada Rabu Nubhan mengejutkan ramai apabila mendedahkan kediamannya didatangi pengutip hutang yang dipercayai mencari bekas isterinya itu.Nubhan mahu melindungi anak-anaknya daripada gangguan emosi. Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah atau lebih mesra disapa Dr Fie mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015 sebelum pasangan itu disahkan bercerai talak dua pada 2 Disember 2025.Hasil perkongsian hidup selama sedekad, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille yang kini berusia tiga tahun.