SEJAK menerima gelaran Datuk, penyanyi Datuk Ziana Zain tidak pernah menjadikan pengiktirafan tersebut sebagai alasan untuk menaikkan kadar bayaran bagi persembahannya.Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 58, berkata kadar bayaran yang dikenakan ketika ini masih bersesuaian dengan pengalaman serta mengambil kira peningkatan kos semasa. Menurutnya, setiap tawaran persembahan mempunyai kadar bayaran berbeza bergantung kepada beberapa faktor termasuk jumlah lagu yang diminta serta keperluan menggunakan khidmat pemuzik secara langsung atau sekadar minus one.Ziana sesuaikan harga persembahan dengan pengalamannya.“Tak ada. Saya masih mengekalkan harga yang relevan dengan zaman sekarang dan pengalaman kita. Gelaran itu sesuatu yang berbeza, menyanyi pula perkara lain.“Sebut harga macam biasa... sama ada dua, tiga, empat atau lima lagu, dengan band, tanpa band atau minus one.“Cuma kita akan naikkan harga mengikut peredaran semasa. Macam mana harga minyak naik, kita naik sikitlah,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Hidup Ziana Zain tak berubah selepas bergelar Datuk, masih lepak mamak dan pergi pasar malamARTIKEL BERKAITAN: Ziana Zain dapat gelaran DatukZiana berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media konsert Sooka & konsert Vaganza Astro yang berlangsung di Kuala Lumpur.Dalam pada itu, Ziana berkata dia sentiasa terbuka untuk berunding dengan pihak penganjur bagi memastikan kedua-dua pihak mendapat persetujuan yang menguntungkan.Ujarnya, kos untuk menjayakan sesebuah persembahan juga semakin meningkat, termasuk perbelanjaan untuk pasukan yang menguruskan penampilan seseorang artis. Selain bakat, imej juga sangat penting dan tidak boleh dipandang remeh.DATUK ZIANA ZAINPENYANYI“Sekarang ini semua memerlukan kos. Nak bersiap pun kita ada pasukan sendiri seperti jurugaya tudung, jurusolek dan penggaya fesyen.“Dulu kita buat sendiri, tetapi sekarang perkara itu sudah menjadi kemestian. Setiap kali keluar, penampilan perlu sentiasa kemas dan menarik.“Kita berkongsi rezeki dengan mereka. Perkara ini memudahkan kami sebagai penyanyi kerana hanya perlu berbincang mengenai warna dan rekaan pakaian yang sesuai, selebihnya mereka akan uruskan,” ujarnya.Sementara itu, penyanyi lagu Madah Berhelah ini mengakui cukup teliti dalam soal penampilan dan sentiasa berbincang dengan penggaya fesyen bagi memastikan setiap persalinan bersesuaian dengan konsep acara serta pencahayaan pentas.Ziana mempunyai timnya untuk menjaga penampilan diri.Katanya, penampilan seseorang penyanyi juga merupakan tanda penghargaan kepada peminat yang sentiasa merakam dan menyimpan setiap kenangan sepanjang perjalanan seni mereka.“Penyanyi perlu menjaga penampilan. Kita bersiap dan menyanyi dengan baik sebenarnya sebagai tanda terima kasih kepada peminat.“Gambar-gambar itu menjadi koleksi dan arkib mereka. Kadang-kadang kita sendiri tak ingat pakaian yang pernah dipakai, tetapi peminat masih ingat dan boleh membandingkannya.“Selain bakat, imej juga sangat penting dan tidak boleh dipandang remeh. Kita sayangkan kerjaya ini, jadi kita mahu semuanya dari hujung rambut hingga hujung kaki nampak sempurna,” jelasnya.