suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ziana Zain dapat gelaran Datuk

Berita penganugerahan Datuk kepada Ziana disambut baik peminat.

PENYANYI Ziana Zain kini bergelar Datuk selepas menerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bersempena Sambutan Hari Hari Jadi ke-77 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam pada Isnin.

Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 58, menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran berkenaan.

Ziana menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka. 

Istiadat penganugerahan ini berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. 

Ziana antara 189 individu yang dianugerahkan D.P.S.M. dalam istiadat berkenaan, selain penerima lain daripada pelabagai latar belakang. 

Sementara itu berita gembira itu turut dikongsi oleh peminat penyanyi berkenaan menerusi laman Instagram Ziana Folks. 

ARTIKEL BERKAITAN: "Ada rezeki saya terima saja" - Ziana Zain ulas penganugerahan Datuk 

ARTIKEL BERKAITAN: Ziana Zain gagal kawal emosi di Konsert Sembilu The Reunion... “Saya kalah juga”

Ziana merupakan seorang penyanyi yang mula aktif dunia seni sejak awal tahun 1990-an dan namanya menjadi sebutan menerusi lagu Madah Berhelah

Sepanjang bergelar anak seni, Ziana telah mencipta pelbagai kejayaan dalam anugerah muzik Malaysia selain turut mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain