PELAKON Kodi Rasheed mendedahkan pernah menerima tawaran untuk menjalin hubungan cinta dengan seorang rakan artis hanya kerana mahu mencipta kontroversi.Berkongsi pengalaman tersebut, Kodi atau Muhammad Shazmeer Mohd Rasheed, 36, memberitahu tawaran berkenaan datang daripada pengurus pelakon wanita tersebut. "Ada seorang pengurus ini beri tawaran buat kontroversi dengan artis perempuan dia. Aku kena buat sweet biar orang ingat aku bercinta dengan dia.Perkongsian Kodi di Threads. "Rancang pergi karaoke kemudian buat-buat kantoi dan tularkan," katanya.Menurutnya, tawaran tersebut masih berulang meskipun dia sudah menolaknya sejak awal.ARTIKEL BERKAITAN: Kodi Rasheed kongsi keadaan Que Haidar... Selalu bertanya khabar tapi tak campur isu peribadi ARTIKEL BERKAITAN: Kodi Rasheed tak kecil hati, tenang jawab tuduhan kurus kerana ambil 'barang'Bahkan, dia juga percaya pelakon yang bagus adalah mereka yang mampu menunjukkan hasil kerja berkualiti kepada penonton."Maaf saya tidak buat benda-benda ini. Insya-Allah satu hari mesti boleh naik dengan hasil kerja saya.Kodi tidak mahu ambil jalan mudah untuk popular. "Selang seminggu dia cuba lagi kemudian aku tolak cara baik."Aku tak percaya dengan benda-benda murah ini. Aku percaya dengan kualiti. Kalau kau bagus, kau baguslah," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube