suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Faizul Sany terharu wujud gerakan undi mahu bantu kos terapi anak autisme

Faizul tidak menyangka ramai yang sudi menghulur bantuan.

PENYANYI Faizul Sany meluahkan rasa terharu apabila mendapat respons segelintir pihak yang berbesar hati mahu membantu meringankan beban menanggung kos terapi untuk anaknya iaitu Noah.

Faizul, 41, tidak menyangka muncul gerakan di media sosial menggesa orang ramai mengundinya dalam program Gegar Vaganza Fantasia (GVF) bagi mendapatkan Anugerah Glam Alha Alfa yang membolehkan dia membawa pulang wang tunai RM2,000 setiap minggu.

"Terkejut bila ramai yang tulis nama saya di Threads. Apa yang saya faham mereka nak undi sampai saya terima anugerah itu supaya dapat belanja untuk terapi Noah.

Ramai yang berbesar hati mahu membantu Noah. 

"Walau bagaimanapun, dapat atau tidak anugerah itu saya tetap terharu dan bersyukur atas keprihatinan warga Threads. Mereka sangat baik," katanya kepada mStar.

Noah yang kini berusia enam tahun merupakan anak sulung Faizul yang menghidap gangguan spektrum autisme tanpa pertuturan (non-verbal).

Kata penyanyi ini, apa yang ditulis oleh pengguna Threads itu juga secara tidak langsung menunjukkan kesedaran orang ramai terhadap keperluan kanak-kanak istimewa seperti anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Rehat menyanyi 6 tahun demi anak autistik, Faizul Sany bakal muncul semula dalam ‘GV Fantasia’ 

ARTIKEL BERKAITAN: Juara AF10 Faizul Sany berdepan masalah jantung, anak sulung pula hidap autisme

"Kami memang bawa anak terapi di klinik. Cuma sekarang di klinik kesihatan kerajaan sebab terapi di klinik khas agak mahal.

"Saya puji warga Threads sebab keprihatinan mereka terhadap keadaan anak saya dan kesedaran mereka terhadap anak-anak kurang upaya khususnya autisme.

"Bila ada yang nak belanja terapi untuk Noah, saya amat berbesar hati," luahnya.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain