suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rehat menyanyi 6 tahun demi anak autistik, Faizul Sany bakal muncul semula dalam ‘GV Fantasia’

Faizul mahukan yang terbaik buat anaknya.

DALAM diam, juara Akademi Fantasia musim ke-10 (AF10), Faizul Sany sudah enam tahun berehat daripada dunia nyanyian untuk fokus pada penjagaan anak sulungnya yang menghidap gangguan spektrum autisme tanpa pertuturan (non-verbal).

Faizul atau nama penuhnya Mohd Faizul Sany, 41, berkata keputusan untuk memperlahankan kerjaya seni dibuat selepas anaknya, Noah, 6, disahkan mengalami masalah kesihatan itu.

Menurut Faizul, dia memilih untuk menjaga anaknya sepenuh masa dan menolak banyak tawaran nyanyian kerana tidak dapat memberikan komitmen.

Faizul seronok hanya fokus kepada keluarga.

“Saya sudah tidak menyanyi dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada anak saya yang mempunyai kelainan upaya.

“Saya menjaga anak sepenuh masa, tetapi royalti masih masuk dan saya juga mewarisi perniagaan keluarga. Jadi, dari segi kewangan, saya tiada masalah,” katanya.

Dia berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Gegar Vaganza Fantasia yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.

Berkongsi lanjut, Faizul berkata dia tidak pernah mengumumkan secara terbuka keputusan berehat daripada dunia seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Juara AF10 Faizul Sany berdepan masalah jantung, anak sulung pula hidap autisme

ARTIKEL BERKAITAN: Faizul Juara Akademi Fantasia 2013

Sebaliknya, jelas Faizul, dia memilih untuk menjelaskan perkara itu secara peribadi kepada pihak yang menawarkan pekerjaan kepadanya.

“Banyak tawaran saya tolak. Kalau ada tawaran, saya akan berterus terang bahawa saya sukar untuk meninggalkan anak. 

“Saya tidak pernah umumkan perkara ini di media sosial, sebaliknya saya hilang begitu sahaja,” ujarnya.

Bercerita mengenai perkembangan Noah, Faizul bersyukur melihat perubahan positif yang ditunjukkan anak itu, termasuk kebolehan memberikan respons apabila dipanggil serta menguruskan diri.

Saya hanya mengharapkan yang terbaik untuknya.

FAIZUL

PENYANYI

“Dia semakin baik, sekarang sudah enam tahun. Dia sudah pandai memberikan respons apabila dipanggil dan boleh menguruskan diri sendiri.

“Saya tidak boleh menjangkakan apa-apa mengenai anak saya. Saya hanya mengharapkan yang terbaik untuknya.

“Dia masih belum boleh bercakap dan saya tidak tahu sama ada dia akan boleh bercakap atau tidak pada masa akan datang,” kongsinya.

Tambah Faizul, keadaan Noah masih terkawal dan anaknya itu tidak menunjukkan masalah tantrum yang membimbangkan.

Faizul mempunyai dua orang cahaya mata.

Bagaimanapun, Faizul bersedia memberikan komitmen sepenuhnya apabila menyertai Gegar Vaganza Fantasia (GVF) kali ini.

Malah, dia turut membawa ibu bapanya yang baru sahaja bersara untuk menjaga anaknya yang istimewa itu.

“Untuk GV kali ini, saya bawa ibu bapa saya. Mereka pun baru sahaja bersara. Memang ini masa yang sesuai.

Faizul mahukan yang terbaik buat GV Fantasia.

“Saya akan memberikan komitmen sepenuhnya untuk GV, tetapi selepas itu kita tengoklah bagaimana,” katanya.

Sebagai persiapan diri, Faizul memberitahu dia sudah mula menjalani rutin latihan dengan berkaraoke dua hingga tiga kali seminggu selain bersenam hampir setiap hari.

Untuk rekod, Faizul berkahwin dengan Afzarina Yahya pada November 2017 dan turut memiliki seorang lagi cahaya mata iaitu Aisyah yang kini berusia 5 tahun.

Artikel Lain