PELAKON Puteri Balqis meluahkan rasa kurang senang terhadap seorang pengguna media sosial yang didakwa sengaja bercakap buruk tentang dirinya.Menerusi satu perkongsian, Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish, 19, tidak menolak tindakan individu tersebut didorang oleh perasaan benci terhadapnya. "Semua tempat akak burukkan saya. Saja mencetuskan kebencian orang dekat saya di mana-mana posting.Perkongsian Aqish di Instagram. "Ini bukan lagi disebabkan karakter saya. Ini disebabkan awak yang tidak sukakan saya. Dulu waktu saya kecil orang tak suka sebab fizikal saya tak cantik. Bila dah besar, lain pula dipersoalkan," katanya.Aqish menulis perkara tersebut menerusi satu hantaran di Instagram yang turut memuat naik pautan akaun individu berkenaan.Pelakon ini dalam masa sama meminta orang ramai tidak mudah membuat penilaian tentang personalitinya hanya berdasarkan watak yang dibawa dalam lakonan.ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis bakal berdepan saman, terima mesej daripada WhatsApp… “Kami tidak akan berganjak, sedia dipenjara atau apa sahaja” ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis buka kisah kena buli, ditolak kerana tidak ‘famous’… Nama Mia Sara sekali lagi terkait"Kalau saya bawa watak seorang wanita yang kejam, adakah itu bermakna saya tak mempunyai perasaan kasih sayang dalam kehidupan sebenar?"Selagi saya bersama keluarga, tidak buat benda bukan-bukan di belakang kamera, sudah cukup untuk saya dan keluarga."Saya tak perlu keluar mencari perhatian, bertukar jantan dan bangga semua jantan suka saya. Atau cipta personaliti berbeza semata-mata untuk dianggap menarik," tegasnya.