suria

Puteri Balqis bakal berdepan saman, terima mesej daripada WhatsApp… “Kami tidak akan berganjak, sedia dipenjara atau apa sahaja”

Aqish teguh dengan pendiriannya.

SELEPAS kecoh isu 'perang' dengan rakan artis, pelakon Puteri Balqis sekali lagi mencuri tumpuan apabila mendedahkan dia bakal berdepan tindakan saman. 

Tanpa mendedahkan punca sebenar, Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish, 19, memberitahu saman itu berkaitan 'bukti' yang tidak mencukupi . 

"Melalui WhatsApp yang kami terima, kami mungkin bakal disaman kerana tidak cukup bukti," katanya dalam satu hantaran di Instagram. 

Kenyataan Aqish mewakili keluarganya. 

Pelakon itu bagaimanapun dilihat tidak gentar dan sedia berdepan sebarang tindakan pihak terbabit. 

Malah dia juga menegaskan sebarang kenyataan yang dikeluarkan adalah benar. 

"Kami bersedia untuk disaman, dipenjara atau apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku. 

ARTIKEL BERKAITAN: Drama makin panas, Puteri Balqis nafi ibu pernah cakap buruk tentang Janna Nick 

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau ada tak puas hati kita boleh jumpa” - Janna Nick tak tahu punca nama dipetik Puteri Balqis

"Tapi kami tidak akan berganjak sedikit pun daripada apa yang kami kata," jelasnya. 

Dipercayai istilah ‘kami' yang digunakan merujuk kepada dirinya, ibu, bapa tiri serta tunang.

Pelakon ini dalam masa sama nekad untuk berdepan apa sahaja dugaan yang melanda keluarganya ketika ini. 

Aqish setia mempertahankan ibunya. 

"Untuk kali ini tidak akan ada seorang pun daripada keluarga kami yang akan membenarkan ibu disaman atau digari seorang diri. 

"Kami berempat akan sama-sama tempuh," tegasnya. 

Nama Aqish sebelum ini menjadi tumpuan ramai selepas dia mendedahkan konflik yang pernah berlaku antara dirinya dan juga aktres Mia Sara Nasuha. 

Kemelut itu berlarutan apabila nama pelakon Janna Nick turut terkait dan mereka saling berbalas kenyataan di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Mia Sara okay saja!