suria

“Kalau ada tak puas hati kita boleh jumpa” - Janna Nick tak tahu punca nama dipetik Puteri Balqis

Janna terbuka bertemu Aqish.

PELAKON Janna Nick tampil membalas kenyataan aktres Puteri Balqis yang sebelum ini menegurnya secara terbuka.

Janna atau Nurul Jannah Muner, 31, juga bersedia untuk berjumpa dengan Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish bagi meleraikan kekeliruan antara mereka.

“Salam, boleh tahu apa isu awak dengan saya?

Perkongsian Janna di Instagram. 

“Kalau awak tak puas hati, kita boleh jumpa secara dalam talian sebab sekarang saya di London,” katanya.

Janna menulis perkara tersebut di InstaStory selepas namanya disebut oleh Aqish dalam satu hantaran di platform sama sebelum ini.

Dia dalam masa sama turut mengimbau kembali pengalaman ketika mereka berlakon bersama dalam sebuah drama ketika Aqish masih kanak-kanak.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau saya maki akak hari ini 20 kali, boleh lepaskan saya tak?” - Puteri Balqis tempelak Janna Nick 

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis dakwa Mia Sara teguk arak, hisap dadah dan gugurkan kandungan… Tuntut permohonan maaf

“Kita berlakon sama masa awak kecil, saya masih ingat trauma saya datang bila nama seseorang yang ada kaitan dengan awak terbongkar dalam bilik tempat nak solat.

“Saya tak suka melihat awak dipergunakan untuk mencari rezeki semasa awak kecil. Saya rasa sangat sedih sebab saya kenal awak,” ujarnya.

Sementara itu, dalam satu hantaran berbeza, Janna juga mendakwa ibu kepada Aqish sebelum ini pernah bercakap buruk tentang dirinya sehingga menimbulkan salah faham.

Nama Aqish dan Janna kini jadi bualan hangat. 

“Selepas kita selesai penggambaran, saya ajak keluarga awak makan malam bersama dan diberitahu awak tak nak datang. Saya tidak tahu apa yang berlaku.

“Selepas itu, ibu awak memburukkan saya dalam kumpulan WhatsApp selebriti (saya diberitahu oleh Micheal Ang) selepas habis penggambaran bersama.

“Sejak itu, saya dipulaukan oleh sahabat selebriti selama bertahun-tahun,” luahnya.

Isu antara Janna dan Aqish mula timbul selepas dia membuat perkongsian tentang melepaskan dan tidak menyimpan dendam.

Biarpun tidak menyebut nama, namun perkara itu dibangkitkan oleh Aqish dan ibunya yang meminta Janna agar tidak masuk campur urusan mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Mia Sara okay saja!