suria

Puteri Balqis dakwa Mia Sara teguk arak, hisap dadah dan gugurkan kandungan… Tuntut permohonan maaf

Mia masih lagi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

PELAKON Puteri Balqis menuntut Mia Sara Nasuha untuk membuat permohonan maaf terhadap ibunya, Norashikin Mohd Aziz susulan konflik yang pernah tercetus antara mereka sebelum ini.  

Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish, 19, menegaskan segala dakwaan negatif yang dilemparkan terhadap ibunya selama ini adalah tidak benar.

“Minta maaf dengan mak aku. Kau mampu jawab dengan mak aku?

Kenyataan Aqish terhadap Mia Sara.

“Yang kaki kelab bukan mak aku. Yang kaki botol bukan mak aku. Yang makan dadah bukan mak aku. Itu kau. 100 peratus kau,” katanya menerusi hantaran di Instagram Story.

Menurut Aqish, keluarganya tidak pernah mengamalkan gaya hidup bebas seperti yang didakwa segelintir pihak termasuk mengambil minuman keras.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah mirip pelakon wanita ke kelab malam tular, didakwa selamba teguk arak

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis buka kisah kena buli, ditolak kerana tidak ‘famous’… Nama Mia Sara sekali lagi terkait

Sebaliknya, dia mendakwa tuduhan tersebut dilakukan oleh Mia sehingga dipercayai menggugurkan anak dalam kandungan.

“Yang gugurkan anak bukan aku, tapi kau. Aku dah dididik dengan baik, tapi aku yang sial. Hadam ayat ini.

“Mak kau tak didik kau ajaran agama. Sounds familiar? It’s your words.

“Mana artis-artis hebat yang sanjung kau waktu kau menangis dan diam waktu kami difitnah?” ujarnya lagi.

Kemelut Aqish dan Mia semakin panas.

Sementara itu, usaha mStar mendapatkan kenyataan daripada Mia bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan tidak dijawab.

Sebelum ini, Puteri Balqis mendakwa Mia pernah memburukkan dirinya serta ibunya di hadapan orang ramai.

Malah mendakwa tindakan Mia yang menangis di hadapan media sebelum ini disifatkan sebagai cubaan meraih simpati selain menutup sisi buruk dirinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain