PELAKON dan penyanyi Syifa Hadju selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan kekasihnya, El Rumi, yang juga merupakan anak kepada pemuzik Ahmad Dhani.Majlis tersebut berlangsung pada 21 Januari lalu bertempat di Hutan Kota, Jakarta, dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat. Meskipun diadakan secara tertutup, kemeriahan dan kemewahan majlis tetap dapat dirasakan menerusi perkongsian yang dibuat oleh mereka berdua.El Rumi dan Syifa selamat bertunang. Antara yang mencuri tumpuan ialah hadiah berupa seutas rantai pemberian El Rumi kepada Syifa pada majlis berkenaan.Dianggarkan rantai berlian yang diperbuat daripada emas putih itu bernilai sekitar RM59,000 dan dikalungkan sendiri oleh El Rumi sebagai tanda ikatan antara mereka.ARTIKEL BERKAITAN: Syifa Hadju tolak banyak tawaran berlakon, enggan terlibat babak intim ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi rahsia, Switzerland jadi saksi cinta El Rumi dan Syifa HadjuSementara itu, dalam satu temu bual, Ahmad Dhani secara tidak sengaja mendedahkan bahawa pasangan tersebut akan bernikah pada bulan Mei depan.Meskipun tarikh sebenar masih menjadi rahsia, ucapan yang disampaikan oleh Ahmad Dhani itu telah membuatkan ramai teruja.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube