PENYAMPAI radio Jep Sepahtu mengumumkan dia tidak lagi bersama stesen Sinar FM selepas 10 tahun berkhidmat.Jep atau Mohd Nadzri Zainal Abidin, 41, berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran di Instagram, memaklumkan pengundurannya sebagai salah seorang penyampai segmen Pagi Sinar. “Hari Jumaat terakhir di sini. Alhamdulillah, dengan izin Allah, 10 tahun tumpang cari rezeki di sini.Jep kini tidak lagi bersama SInar FM.“Daripada bujang, kahwin, sampailah ada anak. Terima kasih Sinar atas jasa yang tak terbalas,” katanya.Pada perkongsian tersebut, dia turut memuat naik gambar bersama bekas pengurus yang banyak membantu dalam perjalanan kerjaya sebagai penyampai. Menerusi ruangan komen, Jep turut menjelaskan salah faham sesetengah pihak yang menyangka perkhidmatannya diberhentikan oleh stesen berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Selesai ganti ‘3 Pagi Era’, Sharifah Shahirah mulakan tugas di Sinar FM pula ARTIKEL BERKAITAN: Hujung tahun lalu dah terima tawaran, Shiera solat istikharah sebelum sertai Sinar FMSebaliknya, kata Jep, keputusan tersebut dibuat atas pilihannya sendiri.“Bukan diberhentikan. Jangan salahkan Sinar.“Saya yang tak mahu sambung. Terus sokong Sinar,” tulisnya.Untuk rekod, Jep menyertai stesen radio berkenaan sekitar tahun 2015.Dia mengendalikan segmen Pagi Sinar bersama Ray dan Rahim.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube