MENEPATI tekaan ramai, pelakon Nur Fazura diumumkan sebagai rakan kolaborasi eksklusif bagi Koleksi Raya 2026 keluaran jenama tekstil dan fesyen terkemuka, Jakel, pada malam Khamis.Pengumuman itu sekali gus menjawab teka-teki peminat yang sebelum ini tertanya-tanya identiti wanita di sebalik teaser awal yang dimuat naik oleh jenama tersebut di media sosial, yang dianggap sebagai kejutan terakhir sempena acara eksklusif Jakel Fenomena Raya 2026. Mencuri perhatian di pentas peragaan, Fazura tampil anggun mengenakan busana serba hitam dan ditemani anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, sambil melambai serta menghadiahkan senyuman manis kepada tetamu yang hadir.Menurut Fazura, 42, dia terharu dengan kolaborasi berkenaan memandangkan dirinya merupakan pembeli dan penyokong setia Jakel sejak sekian lama.Fazura tampil bersama anaknya dalam kolaborasi bersama jenama Jakel. “Terima kasih kepada Jakel kerana sudi berkolaborasi untuk koleksi Fazura x Jakel. Saya sebenarnya memang pembeli dan penyokong setia Jakel dan tidak sangka pada tahun ini terjalin kerjasama ini.“Sejak tahun lalu lagi, lebih 40 rekaan Fazura x Jakel telah dihasilkan yang menampilkan gaya elegan, patuh syariah serta ditawarkan pada harga mampu milik,” katanya.Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Bahagian Pemasaran dan Promosi Jakel Trading Sdn Bhd, Muzaffar Jakel, menjelaskan bahawa kerjasama tersebut bukan pelantikan sebagai duta, sebaliknya merupakan kolaborasi khas eksklusif bagi tahun 2026.“Kolaborasi bersama Fazura ini dijangka mampu mencipta impak besar serta mencetuskan fenomena tersendiri.ARTIKEL BERKAITAN: Fazura tak pernah lupa cinta pertama yang ‘pergi’ 14 September ARTIKEL BERKAITAN: “Siapa menjauh itu adalah doa-doa saya yang Allah makbulkan” - Nur Fazura“Ia selari dengan matlamat kami untuk memastikan Jakel Fenomena Raya 2026 mendapat perhatian meluas, terutamanya dalam kalangan media digital dan e-media,” ujarnya.Pertunjukan fesyen tersebut turut diserikan dengan kehadiran barisan duta utama Jakel Raya 2026 yang terdiri daripada selebriti dan personaliti terkenal tanah air, antaranya Nabil Ahmad bersama keluarga, Achey dan keluarga, Senario, Cik Epal dan Ammar, Elly Mazlein, Kamal Adli serta Que Haidar.Dalam usaha mendekati generasi muda dan menarik pelanggan baharu, Jakel turut memperkenalkan barisan duta Gen Z Raya 2026 iaitu Lorenzo Irmann, Ara Bella Ellen, Zarif Ghazi dan Bella Dowanna.Kesemua duta tampil memperagakan koleksi Raya 2026 yang mengetengahkan rekaan elegan, kontemporari dan versatil, sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube