JELAS terpancar wajah gembira pelakon Kamal Adli apabila dia memberitahu dapat bertemu anaknya, Hawra Uqaira, selepas dua minggu menanggung rindu.Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, berkata pertemuan singkat itu sangat bermakna buatnya kerana dapat melihat telatah ceria Hawra. “Hari ini, sebelum datang ke sini, saya sempat berjumpa dengan Hawra. Sebab itu saya lambat tadi kerana meluangkan masa bermain dengannya.“Seronok sangat selepas lebih kurang beberapa minggu tidak berjumpa,” katanya kepada mStar.Setiap masa bersama anak adalah sangat bermakna buat Kamal. Kamal berkongsi perkara itu ketika ditemui pada pertunjukan fesyen Jakel Raya 2026 dan pengumuman Duta Paling Mega Jakel di Jakel Mall pada petang Khamis.Dalam masa sama, Kamal turut mengucapkan terima kasih kepada bekas isterinya, Uqasha Senrose, kerana memberi keizinan kepadanya untuk melepaskan rindu terhadap Hawra.“Apabila dapat berjumpa dengannya hari ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Uqasha kerana memberi peluang kepada saya untuk meluangkan masa bersama Hawra.“Jadi hari ini saya rasa sangat gembira, memang gembira. Tadi saya dapat beberapa jam, antara pukul 2 hingga 5.30 petang,” ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli rindu anak, netizen sebak kenang nasib hidup tanpa ‘hero’… “Hawra mesti rindu sosok seorang ayah” ARTIKEL BERKAITAN: “Saya ada Hawra saja sekarang” – Kamal Adli mohon jangan beri masalah jumpa anak lepas berceraiBerkongsi pengalaman bersama anaknya, Kamal berkata dia hanya sempat bermain di kawasan perumahan Uqasha memandangkan kesihatan Hawra yang kurang baik. “Saya bermain di bawah sahaja sebab saya tengok dia macam sudah nak kena ‘chicken pox’. Jadi tadi dia tidak memakai baju.“Saya hanya bermain-main dengannya di kawasan bawah rumah sahaja, bukan di taman permainan,” katanya lagi.Tambah Kamal, dia menghargai setiap masa terluang dan akan memanfaatkannya sepenuhnya untuk bertemu anaknya. Sebab itu saya lambat tadi kerana meluangkan masa bermain dengannyaKAMAL ADLI PELAKON Malah, perkara itu menjadi keutamaannya ketika ini bagi memastikan hubungan dengan anak terus terjalin rapat walau dalam apa jua keadaan.“Sekarang ini, setiap kali saya ada masa lapang, saya akan berjumpa. Kebetulan hari ini memang saya lapang. Saya baru sahaja sampai dari Kuantan dan terus pergi berjumpa Hawra dahulu.“Bila ada sahaja masa terluang, saya memang akan cuba cari ruang dan masa untuk berjumpa dengan Hawra. Itu sahaja,” ceritanya.Uqasha dan Kamal sah bercerai talak satu pada 12 Januari. Sebelum ini, Kamal meluahkan rasa rindunya terhadap Hawra di media sosial selepas lama tidak bertemu.Untuk rekod, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada 12 Januari.Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.Hasil perkahwinan berkenaan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia setahun lapan bulan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube