USAHAWAN sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, tidak menafikan dia menyimpan hasrat untuk bekerjasama dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, meskipun menyedari kedudukan penyanyi itu berada pada tahap yang sangat tinggi dalam industri hiburan tanah air.Menurut Aliff, atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 39, sebagai tanda penghargaan dan rasa hormat, dia sebelum ini pernah menghadiahkan beberapa barangan kepada Siti tanpa mengharapkan sebarang balasan. “Sebenarnya saya memang ada berhasrat untuk bekerjasama dengan Siti Nurhaliza. Cuma orang kata, kita ini insan kerdil.Aliff pasang impian bekerjasama dengan Siti.“Jadi saya selalu beri hadiah kepada dia. Pernah hantar buah, pernah hantar beg. Tapi sejujurnya, saya tidak mengharapkan apa-apa kerana bagi saya, Siti berada pada satu tahap yang sangat tinggi,” katanya kepada mStar.Dalam pada itu, Aliff turut berkongsi momen tidak disangka apabila Siti dilihat menggayakan beg keluarannya serta memberi pujian, selepas produk tersebut terlebih dahulu diperkenalkan oleh pelakon Izara Aishah yang dilantik sebagai duta.Tambah Aliff, pujian tersebut amat bermakna memandangkan kos yang diperlukan adalah di luar kemampuannya jika ia melibatkan kerjasama berbayar.ARTIKEL BERKAITAN: “Kau dapat anugerah apa? Kecaman sahaja” - Aliff Syukri mohon maaf kepada Siti Nurhaliza, ‘pulang’ balik gelaran penyanyi nombor satuARTIKEL BERKAITAN: “Siti boleh saja beli beg lebih mahal harganya, tapi pilih sokong usahawan bumiputera macam saya” - Aliff Syukri“Apabila Izara Aishah menjadi duta saya dan dia menggayakan beg saya, kebetulan pada waktu itu Siti juga menggayakan beg tersebut.“Ada videonya dan saya memang terkejut apabila dia kata beg itu cantik. Saya rasa macam, ‘Wah, manisnya.’ Sebab kalau nak bayar, jumlahnya boleh mencecah berjuta-juta dan saya tak mampu.“Walaupun tidak berbayar, tetapi kerana Siti seorang yang baik, perkara itu sangat bermakna. Sampai hari itu saya tidak boleh tidur malam,” ujarnya.Aliff bakal memberi hadiah Perodua Bezza buat pemenang cabutan bertuah.Dalam perkembangan lain, Aliff menjalinkan kolaborasi bersama Izara menerusi empat koleksi beg tangan keluaran jenama miliknya.Aliff turut mengumumkan pemberian ganjaran sebuah kereta Perodua Bezza kepada pembeli bertuah yang membeli beg tersebut semasa sesi pelancaran menerusi platform penstriman langsung di akaun TikTok miliknya pada 25 Januari ini.Cabutan bertuah akan dilakukan pada 31 Januari 2026, pukul 8 malam, dan pemenang akan diumumkan pada waktu yang sama.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube