PELAKON Linda Hashim secara sinis mempersoalkan kenyataan suaminya, aktor Beego, berhubung amalan dalam kehidupan seharian.Menerusi satu hantaran di Instagram, Linda atau Norhazlinda Hashim, 42, dilihat seakan-akan tidak bersetuju apabila Beego mempertikaikan penggunaan tasbih digital seperti yang sering diamalkan ramai orang. “Jadi orang yang berzikir beribu kali setiap hari menggunakan tasbih digital itu masuk neraka ke macam mana?Linda seakan-akan tidak setuju dengan kenyataan Beego.“Yang berselawat beribu kali setiap hari itu tidak mendapat syafaat juga ke macam mana, Ustaz Beego?” sindir Linda.Linda berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Insta Story miliknya pada pagi Khamis.Sebelum itu, Beego mengeluarkan kenyataan menjelaskan bahawa amalan ibadah seseorang bukan sekadar diukur melalui kiraan pada tasbih digital.Hantaran Beego itu turut mengingatkan agar tidak mudah menghakimi orang lain.ARTIKEL BERKAITAN: “Salah ke minta izin dulu nak pergi umrah?” - BeegoARTIKEL BERKAITAN: “Dia tak layak jadi khalifah” – Linda Hashim jawab tak perlu izin Beego pergi umrah“Jangan pernah menghakimi manusia lain.“Ingatlah, tiket ke syurga adalah kerana rahmat Allah SWT dan syafaat Rasulullah SAW, bukan semata-mata kerana angka pada tasbih digital atau kalkulator untuk mengira amalan.“Tenang. Kita tidak pernah tahu amalan hamba Allah yang lain,” ujarnya.Sejak Januari tahun lalu, rumah tangga Linda dan Beego, atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, menjadi tumpuan apabila aktres itu memfailkan perceraian atas alasan tiada persefahaman.Linda memberi sindiran sinin buat Beego di Instastory miliknya.Mereka pernah bercerai pada 27 Mac 2023, namun mencapai kata sepakat untuk rujuk pada 9 April 2023, selain membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan tiga anak mereka.Linda bagaimanapun mendakwa mereka bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu.Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menangguhkan prosiding pengesahan lafaz taklik pasangan ini ke 9 Februari depan.Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube