suria

“Dia tak layak jadi khalifah” – Linda Hashim jawab tak perlu izin Beego pergi umrah

Linda tidak menganggap Beego (kanan) sebagai pemimpin yang baik.

PELAKON Linda Hashim berpendapat tiada keperluan untuk dia meminta izin suaminya, Beego bagi menunaikan ibadah umrah pada Disember lalu.

Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 42, menegaskan pemergiannya ke Tanah Suci dibuat atas dasar ketaatan kepada Allah SWT, bukan mengikut kehendak manusia.

Malah sebelum berangkat, Linda berkata dia telah mendapatkan pandangan agamawan yang menyifatkan keizinan suami tidak lagi relevan apabila tanggungjawab sebagai ketua keluarga gagal ditunaikan, termasuk isu nafkah serta tindakan yang memudaratkan emosi isteri.

Linda berpendapat tiada keperluan untuk dia meminta izin daripada Beego.

“Perlu ke saya minta izin seperti dia? Saya sudah bertanya ustaz dan ustazah. Mereka kata, Linda, pergilah. Kau perlu taat kepada Allah.

“Apabila suami memudaratkan, tidak memberi nafkah, dia sudah tidak layak memegang peranan sebagai khalifah. Saya pergi untuk beribadah, bukan untuk berseronok,” katanya kepada mStar.

Linda turut mendedahkan suaminya sebenarnya mengetahui hasratnya untuk menunaikan umrah sejak awal, malah mendakwa pasport miliknya dan anak-anak pernah disimpan sehingga memaksanya membuat laporan polis serta memohon dokumen baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada usaha memujuk, Linda Hashim sekat nombor telefon Beego kerana terima serangan emosi… “Saya kerap dapat video isteri derhaka”

ARTIKEL BERKAITAN: Prosiding pengesahan taklik Linda Hashim tangguh 9 Februari, dakwa Beego sengaja lambatkan cerai… “Saya isteri tentu tahu”

“Dia tahu saya nak pergi. Pasport kami sekeluarga pernah diambil. Bila minta semula, hanya pasport anak dipulangkan, pasport saya tiada.

“Akhirnya saya terpaksa buat pasport baharu sekitar Ogos tahun lalu. Anak sendiri beritahu, ‘Mami nak pergi umrah nanti kan?’ Jadi mustahil dia tidak tahu,” ujarnya selepas selesai prosiding lafaz taklik di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Linda mengakui hatinya terguris apabila suaminya mendakwa pemergiannya ke umrah bukan atas jemputan Allah, sebaliknya sekadar ihsan penaja.

“Saya diberitahu kononnya saya pergi atas ihsan orang, bukan kerana Allah jemput. Saya seram dengar ayat itu. Masya-Allah, berani sungguh cakap begitu,” katanya.

Tambah Linda, ramai rakan artis sebelum ini tidak berpeluang menunaikan umrah, namun rezeki itu akhirnya sampai kepadanya.

Pemergian Linda menunaikan umrah menjadi isu dibangkitkan oleh Beego.

“Walaupun atas ihsan orang, itu tetap rezeki. Tapi hakikatnya, setiap orang yang menjejakkan kaki ke sana hanya kerana jemputan Allah, tidak kira siapa,” ujarnya.

Terdahulu, perkongsian Linda di media sosial mencuri perhatian ramai apabila memuat naik tangkap layar mesej dipercayai dihantar Beego berkaitan ibadah umrah tersebut.

Dalam mesej itu, Beego dilaporkan menulis: ‘Pergi umrah nanti pasti ada kifarah. Sama ada baik atau buruk, sebab masih berstatus isteri.’

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain