PELAKON Linda Hashim memberitahu tiada sebarang usaha memujuk dilakukan oleh suaminya, Beego sepanjang setahun kemelut rumah tangga mereka.Linda atau Norhazlinda Hashim, 42, berkata, sekiranya Beego menyayanginya sebagai isteri dia tidak akan tergamak melakukan perkara buruk dibelakangnya. “Tidak pernah berlaku sebarang pujuk rayu daripada pihaknya. Apa yang berlaku hanyalah serangan terhadap saya. Langsung tiada usaha memujuk.“Jika benar seseorang itu sayang, tidak mungkin dia sanggup melakukan perkara buruk di belakang pasangan sendiri. Tentang usaha memujuk, saya hanya dengar cakap-cakap, tetapi tiada sebarang bukti,” katanya kepada mStar.Linda memberitahu tiada sebarang usaha memujuk dilakukan Beego.Linda berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Rabu.Menurut Linda, tindakan menyekat nombor telefon Beego dibuat selepas mendakwa berdepan tekanan serta serangan emosi yang berulang.“Gangguan yang saya terima sangat mengganggu mental. Saya diserang berulang kali walaupun tidak berbuat apa-apa. Pergi ke rumah sendiri pun tetap diserang.“Saya juga sering menerima video-video berkaitan isteri derhaka daripada Beego. Disebabkan itu, saya tiada pilihan selain menyekatnya,” ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Prosiding pengesahan taklik Linda Hashim tangguh 9 Februari, dakwa Beego sengaja lambatkan cerai… “Saya isteri tentu tahu”ARTIKEL BERKAITAN: “Ada perkara yang sukar pada video taklik itu” - Linda HashimBagaimanapun, Linda menjelaskan mereka masih berhubung melalui aplikasi Facebook, khusus untuk urusan berkaitan anak-anak.“Di platform itu kami masih boleh berhubung, hantar gambar, buat panggilan dan berbincang perkara berkaitan anak seperti baju sekolah serta keperluan lain.“Jadi dakwaan dia langsung tidak boleh berkomunikasi dengan saya adalah tidak benar. Dia boleh datang ke rumah saya, masuk ke rumah dan mengambil anak tanpa sebarang halangan. Rumah kami juga berdekatan,” jelasnya.Sementara itu, Beego ketika ditemui memaklumkan dia tidak berniat melengahkan kes mereka, sebaliknya berusaha memujuk Linda untuk berdamai.Menurut Beego, dia menghadapi kesukaran menghubungi isterinya itu kerana disekat dan terpaksa menggunakan anak-anak sebagai orang tengah untuk berkomunikasi.Beego mendakwa dia menghadapi kesukaran untuk berhubung dengan isteri.Sejak Januari tahun lalu, rumah tangga Linda dan Beego atau nama sebenar Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, menjadi perhatian ramai apabila aktres berkenaan memfailkan perceraian dengan alasan tiada persefahaman.Mereka pernah bercerai pada 27 Mac 2023, namun, mencapai kata sepakat untuk rujuk pada 9 April 2023 dan membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan tiga anak mereka.Linda bagaimanapun mendakwa mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu.Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube