suria

Prosiding pengesahan taklik Linda Hashim tangguh 9 Februari, dakwa Beego sengaja lambatkan cerai… “Saya isteri tentu tahu”

Proses penceraian Linda (kiri) dan Beego ditangguh lagi.

MAHKAMAH Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekali lagi menangguhkan prosiding pengesahan lafaz taklik pasangan selebriti Linda Hashim dan Beego pada 9 Februari depan.

Penangguhan tersebut berikutan Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 46, yang memohon untuk membela diri.

Menurut peguam mewakili Linda iaitu Nurul Fadzilah Kamaluddin, pihaknya sudah memberi kerjasama baik sepanjang prosiding tersebut namun berbeza dengan pihak defenden.

"Sebagai peguam yang mewakili, saya rasa pihak kami sudah berada di landasan yang betul. Kami juga sudah mengikut segala prosedur yang ditetapkan.

Linda kecewa proses penceraiannya masih tertangguh.

"Serahan dan saman penyata tuntutan kami telah buat awal tapi menerima respons negatif daripada responden.

"Kami terpaksa serahkan hari ini kerana peguam sebelum ini sudah tidak mewakilinya. 

"Bagaimanapun kami dimaklumkan dia ingin melantik peguam yang sama dan hakim membenarkan satu lagi tarikh baru pada 9 Februari depan untuk pembelaan," katanya kepada mStar.

Sementara itu, Linda berkata dia sedikit kecewa apabila pihak mahkamah memberi ruang untuk Beego membuat pembelaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada perkara yang sukar pada video taklik itu” - Linda Hashim

ARTIKEL BERKAITAN: Beego tidak hadir ke mahkamah, hakim beri amaran bekerjasama... Peguam maklumkan masih mahu berbaik dengan Linda Hashim

Namun dia percaya ada hikmah di sebalik penangguhan tersebut sekali gus menganggap Beego sengaja melambatkan kes mereka.

"Saya tak kecewa tak diceraikan tapi kecewa sebab dia sengaja melengahkan proses. Saya tahu dia sengaja!

"Sebab kata masih sayang tapi sebagai isteri saya tahu sayang dari kawan-kawan dan keluarga lebih tulus dan ikhlas berbanding dia.

"Ini bukan sebab sayang tapi dia nak melambatkan proses ini. Saya isteri, saya tahu," luahnya.

Beego didakwa sengaja menangguhkan kes penceraiannya dengan Linda.

Sejak Januari tahun lalu, rumah tangga Linda dan Beego atau nama sebenar Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, menjadi perhatian ramai apabila aktres berkenaan memfailkan perceraian dengan alasan tiada persefahaman.

Mereka pernah bercerai pada 27 Mac 2023, namun, mencapai kata sepakat untuk rujuk pada 9 April 2023 dan membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan tiga anak mereka.

Linda bagaimanapun mendakwa mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain