PELAKON Linda Hashim kelihatan tenang ketika tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kira-kira pukul 11.52 pagi bagi mengikuti prosiding lafaz taklik pada Rabu.Linda atau nama sebenarnya, Norhazlinda Hashim, 42, berkata dia berharap segala urusan dapat diselesaikan dengan kehadiran Beego di mahkamah hari ini. Bagaimanapun dia meluahkan kebimbangan dengan video yang menjadi bukti berlaku lafaz taklik sebelum ini.Linda ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.“Hari ini adalah sambungan kes sebutan taklik sebab sebelum ini defendan tak datang. Jadi dia datang hari ini dan kita tak tahu apa lagi yang akan jadi.“Pada saya ada perkara yang sukar pada video taklik dan hanya hakim saja yang boleh sahkan video itu tapi yang pasti taklik itu dia sudah langgar.“Kalau dikatakan ayat yang dilafazkan tidak sah, terpaksa diteruskan dengan Seksyen 47 iaitu tuntutan cerai ekoran tiada persefahaman.Hari ini harapnya selesai, saya tak sabar tunggu pengesahan. ,” katanya kepada mStar.ARTIKEL BERKAITAN: Beego tidak hadir ke mahkamah, hakim beri amaran bekerjasama... Peguam maklumkan masih mahu berbaik dengan Linda HashimARTIKEL BERKAITAN: [V] Linda Hashim tahu lokasi Beego, dakwa suami tipu alasan kematian ahli keluargaMenurut Linda, dia tidak akan putus asa untuk meneruskan perceraian dengan Beego, malah menyerahkan segala urusan kepada undang-undang Islam yang sudah ditetapkan.“Semuanya berbalik pada undang-undang dan kita tetap kena teruskan dan selesaikan,” katanya.Sementara itu, Beego yang hadir kira-kira 10 minit selepas Linda, tidak mahu mengulas panjang dan hanya memohon semuanya berjalan dengan lancar.Dalam masa sama, Linda dan Beego dilihat sempat saling menyapa antara satu sama lain sebelum ke dewan bicara. Sejak Januari tahun lalu, rumah tangga Linda dan Beego atau nama sebenar Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 46, menjadi perhatian ramai apabila aktres berkenaan memfailkan perceraian dengan alasan tiada persefahaman.Linda (kiri) harap kemelut rumah tangga bersama Beego dapat diselesaikan segera.Mereka pernah bercerai pada 27 Mac 2023, namun mencapai kata sepakat untuk rujuk pada 9 April 2023 serta membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan tiga anak mereka.Linda bagaimanapun mendakwa mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu.Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 12, Anggun Cassandra, 11, dan Indah Camelia, 7 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube