suria

Beego tidak hadir ke mahkamah, hakim beri amaran bekerjasama... Peguam maklumkan masih mahu berbaik dengan Linda Hashim

MAHKAMAH Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur menangguh prosiding perceraian pasangan selebriti Linda Hashim dan Beego pada 21 Januari 2026.

Ia susulan Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah tidak hadir ke mahkamah bagi pengesahan lafaz taklik pada pagi Selasa.

Hakim syarie, Fareq Azmi turut memberi amaran kepada aktor berkenaan agar dapat bekerjasama bagi menyelesaikan kemelut mereka.

Menurut peguam mewakili Linda iaitu Nurul Fadzilah Kamaluddin, Beego tidak memberi bukti ketidakhadirannya ke mahkamah.

Kes penceraian Linda dan Beego ditangguh lagi.

"Hari ini kami juga bangkitkan ketidakhadiran Beego dalam perbicaraan, termasuk hari ini sudah tiga kali dia tidak hadir.

"Sepanjang mengemudi pihak peguam defendan pun tidak pernah lampirkan sebarang bukti cuti sakit, surat mati ke dengan alasan meninggal dunia, tapi tidak dapat pun sampai sekarang.

"Kami juga mohon diberikan kos atas ketidakhadiran defendan. Jadi hakim mengatakan bahawa beliau memberi satu lagi peluang dengan amaran yang keras kepada pihak defendan iaitu peringatan yang keras, yang Beego wajib hadir pada 21 Januari 2026 nanti," katanya kepada mStar.

Fadilah berkongsi perkara itu sebaik selesai prosing penceraian dan lafaz taklik yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah  Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Linda Hashim kecewa Beego tak hadir di hari penting anak, rugi duit beli tiket

ARTIKEL BERKAITAN: Beego asyik beri alasan sibuk kerja, Linda Hashim akui anak dah lali tanpa kehadiran ayah

Tambah Fadilah, ketidakhadiran Beego membuatkan pihak mereka tidak dapat menyerahkan saman pengesahan lafaz taklik yang sepatutnya dilakukan pada Selasa.

"Tapi hakim mengatakan pihak kami boleh beri terus saman kepada pihak defendan," ujarnya.

Sementara itu, peguam mewakili Beego iaitu Muhammad Akmal Amzan pula memberitahu ketidakhadiran Beego disebabkan kematian ibu saudaranya di Johor.

Jelasnya, anak guamnya kini masih lagi berusaha mencari jalan damai bersama isterinya.

Hakim mengatakan bahawa beliau memberi satu lagi peluang dengan amaran yang keras kepada pihak defendan (Beego). 

NURUL FADZILAH KAMALUDDIN

PEGUAM

"Dia bukannya seolah-olah susah bagi kerjasama. Sebenarnya anak guam saya masih dalam proses nak pujuk cuma mungkin di hujung-hujung ini tak ada sinar lagi.

"Kita doakan jalan terbaik macam mana. Mungkin dalam tempoh akan datang nanti, lepas taklik ke apa, tengok macam mana.

"Perbualan saya dengan anak guam belum sampai tahap itu lagi (setuju cerai) tetapi dia beritahu nak cuba selesaikan di antara dia dengan Linda cuma kalau tiada jalan penyelesaian, mungkin perlu selesaikan cara baik," ujarnya.

Sejak Januari lalu, rumah tangga Linda dan Beego menjadi perhatian ramai apabila aktres berkenaan memfailkan perceraian dengan alasan tiada persefahaman.

Beego (kiri) tidak hadir ke mahkamah bagi pengesahan lafaz cerai.

Beego (kiri) tidak hadir ke mahkamah bagi pengesahan lafaz cerai.

Bagaimanapun proses penceraian pasangan itu sehingga kini masih belum dapat diselesaikan secara baik.

Pasangan itu sebelum ini pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023 sebelum kembali rujuk pada 9 April 2023.

Linda bagaimanapun mendakwa mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain