PELAKON Linda Hashim memberitahu suaminya, Beego sudah memohon maaf selepas tidak dapat hadir ke acara penting anaknya, Anggun Cassandra yang menyertai International Choir Festival.
Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 41, berkata Beego sering menggunakan alasan kerja hingga tidak dapat menghadirkan diri ke pertandingan anak keduanya itu.
"Dia ada minta maaf kepada saya dan Anggun selepas itu. Dia kata ada kerja sebab itu tak dapat datang.

Linda kecewa Beego terlepas momen indah bersama anak.
"Tapi saya harap bab anak ini kena sama-sama ambil berat dan kerjasama sebab benda ini sudah beritahu daripada awal.
"Mula-mula dia kata okay dan ada masa. Anak pun tahu ayah dia akan datang," katanya ketika dihubungi mStar.
Menurut Linda, Anggun juga seakan-akan sudah terbiasa dengan ketiadaan bapanya memandangkan Beego dikatakan sudah beberapa kali terlepas acara penting.
ARTIKEL BERKAITAN: Linda Hashim kecewa Beego tak hadir di hari penting anak, rugi duit beli tiket
ARTIKEL BERKAITAN: Linda Hashim diserang penyondol, minta cepatkan proses cerai... Siap tak sabar nak mulakan hidup baru bersama Beego
"Anggun sudah biasa sebab selama ini ambil apa-apa anugerah ayah dia tiada. Cumanya dia ada tanya ayah datang ke?
"Biasalah pertandingan mestilah nak ibu bapa datang tapi dia sudah biasa bila saya cakap ayahnya tak dapat datang," luahnya.
Walaupun tanpa kehadiran ayahnya, Linda memberitahu Anggun menerima pujian daripada guru yang melatah kerana memberi persembahan mantap pada pertandingan itu.
Dia sudah biasa bila saya cakap ayahnya tak dapat datang.
LINDA HASHIM
PELAKON
Katanya, Anggun sebelum ini tidak dapat menghadiri latihan selepas tercedera di bahagian kaki kerana tertekan air panas.
"Sebenarnya Anggun dah banyak ketinggalan sebab dia masuk hospital sebelum ini tapi Alhamdulillah dia dapat lakukan dengan baik," ujarnya.
Sebelum ini, Linda meluahkan rasa kesal apabila Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45 tidak menghadiri pertandingan anaknya.
Sejak Januari lalu, rumah tangga Linda dan Beego menjadi perhatian ramai apabila aktres berkenaan memfailkan perceraian dengan alasan tiada persefahaman.

Linda sebelum ini turut menegur Beego secara terbuka.
Bagaimanapun proses penceraian pasangan itu sehingga kini masih belum dapat diselesaikan secara baik.
Pasangan itu sebelum ini pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023 sebelum kembali rujuk pada 9 April 2023.
Linda bagaimanapun mendakwa mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu.
Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.


