suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jason Mraz bijak layan peminat Malaysia, ucap ‘terima kasih‘ hargai 8,000 penonton

Jason Mraz hiburkan peminat dalam suasana santai.

MEMULAKAN konsert dengan sapaan mesra kepada peminat, kemunculan penyanyi Jason Mraz disambut dengan sorakan apabila dia memulakan Asia Live Tour 2026: Live in Kuala Lumpur dengan lagu berjudul You And I Both. 

Lebih membuatkan peminat teruja apabila Mraz bijak melayan penonton yang hadir dengan ucapan ‘apa khabar?’ dan 'terima kasih' ketika awal konsert yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada malam Sabtu.

Sewaktu persembahannya, penyanyi ini turut menjentik emosi penonton dengan sebuah lagu istimewa buat sahabatnya, Charlie Mingroni yang juga seorang pejuang kanser.

Setiap lagu Jason Mraz membawa makna tersendiri buatnya. 

“Saya menulis lagu ini untuk sahabat saya, Charlie. Kami berasal dari sebuah pekan kecil dan pernah menjalin hubungan dengan individu yang sama. 

“Dia menghidap kanser dan pada 4 Julai lalu, dia sekali lagi menyambut ulang tahun kelahirannya. Ubat sebenar adalah pengalaman yang kita lalui,” ujarnya.

Selepas itu, suasana stadium kembali meriah apabila Mraz menyampaikan lagu rancak berjudul I Feel Like Dancing.

ARTIKEL BERKAITAN: Jason Mraz kembali ke KL lepas tujuh tahun, empat kategori tiket baharu konsert 31 Oktober 

ARTIKEL BERKAITAN: Jason Mraz kembali gegar KL selepas tujuh tahun, janji persembahan bertaraf dunia

Diiringi band yang dibawa khas bersamanya, Mraz turut menari sambil memetik gitar sehingga dia menerima sorakan dan tepukan gemuruh penonton.

Usai persembahan, Mraz berkata lagu itu membuatkan dia terasa sedikit berusia kerana ia dihasilkan bersama beberapa rakan kira-kira 11 tahun lalu.

“Lagu ini dicipta pada waktu itu, kami terinspirasi untuk menari. Masa muda rasa nak menari, tapi kini rasa nak duduk saja. Malah kalau boleh, saya nak berbaring,” ujarnya berseloroh.

Persembahan Jason Mraz mengubati rindu peminat. 

Menutup persembahan, Mraz pastinya tidak menghampakan kira-kira 8,000 penonton menerusi lagi I'm Yours yang menjadi kegilaan ramai. 

Secara keseluruhan, konsert berdurasi dua jam itu cukup menghiburkan dengan suasana santai menerusi susunan muzik yang berbeza. 

Artikel Lain