SEORANG wanita maut dipercayai dibunuh anak lelakinya sendiri menggunakan pisau pemotong daging selepas enggan memberikan wang untuk membeli sebuah kereta.Lebih mengejutkan, mangsa sebelum ini sudah membelikan dua motosikal kepada suspek, namun pemuda berusia 26 tahun itu masih meminta wang untuk memiliki kenderaan lain. Kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung 7, Ban Song, wilayah Surat Thani, Thailand pada Jumaat.Menurut laporan Khaosod, mangsa dikenali sebagai Jureeporn, 52, manakala suspek yang merupakan anak kandungnya dikenali sebagai Pongpanich.Timbalan Pegawai Penyiasat Balai Polis Wiang Sa, Kapten Polis Sutthisak Sanit berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu sebelum bergegas ke lokasi bersama anggota penyiasat, pasukan forensik dan penyelamat.Setibanya di rumah setingkat berkenaan, polis mendapati suspek mengunci dirinya di dalam rumah sebelum berjaya dipujuk untuk menyerah diri.Pemeriksaan kemudian menemukan mayat mangsa dengan kesan kelar pada leher serta satu lagi kecederaan di bahagian dahi.Polis turut menemukan sebilah pisau pemotong daging yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu sebelum merampasnya sebagai bahan bukti.Siasatan awal mendapati mangsa sebelum ini memperoleh sejumlah wang hasil penjualan kayu getah.Suspek kemudian meminta wang tersebut untuk membeli dua motosikal dan permintaannya ditunaikan oleh mangsa.Bagaimanapun, sebelum kejadian, lelaki itu sekali lagi meminta wang daripada ibunya kerana mahu membeli sebuah kereta.Permintaan tersebut ditolak sehingga mencetuskan pertengkaran besar antara mereka.Suspek yang dipercayai berang dengan tindakan ibunya kemudian didakwa mengambil pisau dari dapur sebelum menyerang mangsa sehingga maut.Dalam pada itu, siasatan mendapati suspek mempunyai sejarah menerima rawatan psikiatri, namun sebelum ini dilaporkan sudah mencapai tahap pemulihan yang dikategorikan sebagai pesakit hijau.Polis kini menahan suspek untuk tindakan undang-undang lanjut. -Agensi