suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cinta Laura selesa lakon adegan ranjang, babak intim bukan raih kontroversi

Cinta Laura akui tidak mudah melakonkan babak intim.

MENGAMBIL langkah berani melakonkan babak intim dalam drama terbaharu, pelakon Cinta Laura memberitahu adegan tersebut bukan sekadar untuk mencipta kontroversi atau meraih perhatian penonton.

Tegas Cinta Laura, 33, setiap paparan dalam drama Sleeping With The Enemy itu merupakan pelengkap jalan cerita yang ingin disampaikan.

Dia dalam masa sama berkongsi pengalaman melakukan babak sedemikian bukanlah mudah dan menyeronokkan seperti yang ditonton di televisyen atau pawagam.

Cinta Laura mendapat kerjasama baik pelakon gandingan ketika melakukan babak intim. 

"Dalam drama ini bagi saya adegan intim itu untuk menghidupkan jalan cerita, bukan sekadar mahu penonton merasa ada 'wow factor'.

"Ini pertama kali saya lakukan babak intim dan ternyata membuatkan saya sedar proses penggambaran seperti robot. Sebagai contoh kalau adegan cium bukan dilakukan sekali, apabila kamera cut, perlu pindah kamera supaya adegan itu nampak seperti kejadian sebenar," kongsinya.

Dalam drama tersebut, Cinta Laura bergandingan dengan dua pelakon lain iaitu Anthony Xie dan Randy Martin yang disifatkan sebagai lelaki 'green flag' kerana cukup profesional ketika di lokasi penggambaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta Laura elak main telefon sejam lepas bangun pagi, sembilan bulan terhindar aura negatif 

ARTIKEL BERKAITAN: Hari bahagia makin dekat? Cinta Laura didakwa sudah cuba gaun pengantin

Malah setiap pergerakan mereka juga dikawal oleh seorang koordinator yang dikhaskan untuk babak intim.

"Saya beruntung dapat berlakon dengan Anthony dan Randy kerana mereka lelaki green flag. Saya tahu mereka tidak mungkin membuatkan saya rasa kurang selesa.

"Koordinator kami sangat profesional, pertama kali lakukan adegan intim dia ada di situ. Membuatkan saya rasa selesa kerana kehadiran seorang wanita lain," kongsinya.

 

Artikel Lain