BUKAN sekadar menjadi teman hidup, penyanyi Bella Astillah turut membuka lembaran baharu dalam kehidupan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang kini belajar memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa.Ahli Parlimen Muar itu meluahkan penghargaan tersebut menerusi ucapan istimewa buat Bella pada majlis resepsi mereka yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah pada Sabtu. Menurut Syed Saddiq, 34, kehadiran Bella dalam hidupnya banyak mengajar dia menjadi seorang lelaki yang lebih baik, selain memperkenalkan dunia di luar kerjaya politik yang selama ini menjadi keutamaannya."Terima kasih kerana mengajar saya menjadi seorang lelaki, suami dan bapa yang lebih baik. Tapi paling penting adalah untuk mengenalkan kepada saya bahawa ada dunia di luar kerjaya profesion politik saya. Bella (kanan) dan Syed Saddiq bernikah pada 10 Oktober lalu."Disebabkan itu bila saya ke parlimen orang kata saya nampak ceria, asyik senyum sahaja. "Saya kata mana tak senyum, dah kahwin. Isteri pula Bella Astillah. Saya harap tempoh bulan madu ini berkekalan sampai bila-bila," katanya. Dalam pada itu, Syed Saddiq turut menitipkan penghargaan buat dua anak Bella iaitu Ara dan Ayden yang kini menerima dirinya sebagai seorang bapa.Syed Saddiq berjanji akan menjalankan tanggungjawab tersebut dengan sebaik mungkin meskipun mengakui mempunyai pendekatan agak tegas dalam mendidik anak-anak. ARTIKEL BERKAITAN: “Itu tugas saya sebagai suami” – Syed Saddiq pertahan Bella Astillah isu tak sekufu, mahu isteri gembiraARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah tak campur urusan kerja suami, Syed Saddiq gembira bangun pagi ada isteri"Tidak dilupakan, Ara dan Ayden. Terima kasih kerana izinkan saya menjadi bapa anda. "Saya janji akan menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab. Dah tiga minggu mereka bersama di rumah. Sudah tahu bagaimana cara mereka. "Saya tahu kadang-kadang daddy (panggilan Syed Saddiq) terlebih disiplin soal tidur dan makan, tapi mereka memang anak yang baik," ujarnya.Malah, Syed Saddiq turut memuji Bella yang disifatkan sebagai seorang ibu hebat dan menjadi individu penting dalam membentuk keperibadian kedua-dua anaknya."Semua perkara baik yang ditunjukkan oleh Ara dan Ayden adalah sumbangan dan didikan yang diberikan oleh ibunya, Bella. Syed Saddiq (kiri) berjanji akan menjadi bapa yang bertanggungjawab."Awak (Bella) memang sangat hebat, saya bangga menjadi suami awak," jelasnya. Untuk rekod, Syed Saddiq dan Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, sah bergelar suami isteri menerusi majlis pernikahan yang berlangsung pada 10 Oktober lalu.Pasangan itu kemudian diraikan dalam majlis resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 18 Oktober.Selain itu, mereka turut mengadakan kenduri rakyat sebagai tanda penghargaan kepada peminat dalam acara yang berlangsung di Muar, Johor dan Kota Kinabalu, Sabah.Kedua-dua majlis kenduri rakyat berkenaan dilaporkan menerima sambutan hangat dengan kehadiran lebih 10,000 orang.