suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu bapa merentan nasi ayam RM3 mahal! Pengusaha kantin minta duduk dalam ‘kasut’ peniaga, harga ditetapkan pihak sekolah

Segelintir ibu bapa mendakwa harga hidangan di kantin sekolah terlampau mahal. -Gambar hiasan AI

MAKANAN yang dijual di kantin sekolah biasanya mengenakan harga lebih rendah dan berpatutan kepada pelajar.

Hal itu sedikit sebanyak membantu ibu bapa dalam soal perbelanjaan anak di sekolah terutamanya kepada mereka yang tidak sempat menyediakan bekal.

Namun seorang pengusaha kantin kesal apabila ada menganggap harga sepinggan nasi ayam RM3 sebagai mahal dan membebankan pelajar ketika mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Hidangan makan dan minum di kantin sekolah kebiasaannya dijual pada harga berpatutan. -Gambar hiasan AI

"Nasi ayam RM3 mahal? Dekat luar harga sepinggan nasi ayam biasanya RM6 atau RM7, kadang-kadang lebih.

"Kalau RM3 pun anda kata mahal, saya tak pasti apa lagi yang and anggap murah. Sebagai ibu bapa, anda ada hak untuk membekalkan makanan dari rumah untuk anak-anak.

"Jangan izinkan mereka membeli di kantin tapi sebelum boikot, tengok dulu dari sudut 'kasut' pengusaha kantin," ujarnya di Threads.

Menjelaskan situasi sebenar, pengusaha kantin itu memberitahu pihaknya terikat dengan kontrak disediakan pihak sekolah dan harga makanan telah pun ditetapkan sejak awal.

  • Seorang pengusaha kantin sekolah meluahkan rasa terkilan apabila ibu bapa mendakwa harga nasi ayam RM3 di kantin terlalu mahal.
  • Pengusaha itu membandingkan harga berkenaan dengan harga nasi ayam di luar yang boleh mencecah RM6 hingga RM7 atau lebih.
  • Menurutnya, pengusaha kantin terikat dengan kontrak tender sekolah yang menetapkan harga makanan dan tidak boleh menaikkan harga sesuka hati.
  • Pengusaha kantin turut menanggung pelbagai kos operasi termasuk bahan mentah, gaji pekerja dan komitmen perniagaan.

Jelasnya, sebarang keputusan berkaitan harga makanan tidak boleh ditentukan sewenang-wenangnya apatah lagi mengenakan harga mahal.

"Jual RM3 sebab itu harga yang 'diikat' bukan sebab boleh naikkan ikut suka. Benda yang pengusaha kantin tanggung, lebih daripada apa yang anda nampak," jelasnya.

Tambahnya, berniaga di sekolah juga tidak mendatangkan untung yang besar malah pendapatan terjejas apabila tiba musim cuti sekolah.

"Cuti sekolah kantin tutup, jualan kosong dan gaji pekerja pun tak jalan. Gaji mingguan, bulanan semuanya tunai. Tiada EPF dan SOCSO," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Geram dapat tahu murid bawa bekal tapi pinjam duit anak setiap hari, wanita tegur minta mak ayah sediakan wang saku

ARTIKEL BERKAITAN: Pelik syarat sekolah, makcik kantin dilarang jual snek! Kedai buku pula ‘meriah’ jajan, cikgu rajin promosi masa perhimpunan

Malah katanya, ada kenalannya yang terpaksa bekerja lebih masa pada waktu malam selepas tamat berniaga di kantin sekolah bagi menambah pendapatan.

"Saya ada seorang kenalan pengusaha kantin di sekolah menengah di Taiping, siang dia urus kantin malam dia buat Shopee food delivery, cover kos komitmen yang makin bertambah.

"Itu tahap bos, kalau bos pun kena cari duit sampai malam, staf dia buat apa untuk teruskan hidup?" tambahnya.

Artikel Lain