DUA remaja lelaki ditahan polis selepas dipercayai membaling telur mentah ke arah anggota keselamatan di sebuah balai polis dan pondok polis pada Khamis.Kedua-dua suspek berusia 16 dan 17 tahun itu disyaki melakukan perbuatan berkenaan bagi menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Siasatan mendapati kedua-duanya dipercayai membaling lima biji telur mentah di kawasan parkir Balai Polis Moriyama serta sebuah pondok polis di bandar Owariasahi di Jepun.Rakaman kamera keselamatan menunjukkan kedua-dua remaja itu menghidupkan dan memulas pendikit motosikal masing-masing di hadapan balai polis berkenaan.Memetik laporan Japan Today yang memetik TV Asahi, suspek pertama berusia 16 tahun berasal dari Moriyama Ward, Nagoya, manakala seorang lagi berusia 17 tahun dari bandar Owariasahi.Apabila anggota polis keluar untuk memeriksa keadaan, mereka didakwa bertindak membaling telur mentah ke arah anggota terbabit.Susulan kejadian itu, kedua-dua remaja berkenaan ditahan kerana disyaki mengganggu tugas anggota polis.-Agensi