suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakaman video lucah terpampang di skrin LED Kluang... MPK dakwa digodam, bakal ambil tindakan undang-undang

Paparan skrin LED milik MPK yang digodam tular di media sosial

RAKAMAN video memaparkan aksi lucah mengejutkan ramai apabila ditayangkan menerusi sistem paparan LED milik Majlis Perbandaran Kluang (MPK), termasuk di Dataran Tasek Putih dan Hentian Pengangkutan Awam Kluang, pada Khamis.

Insiden itu dipercayai berlaku susulan pencerobohan siber atau penggodaman terhadap sistem paparan LED milik pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

Susulan kejadian itu, MPK memohon maaf atas kesulitan dan kebimbangan yang timbul dalam kalangan masyarakat Kluang.

Dalam satu kenyataan, MPK memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian selain mengambil langkah pemulihan.

Menurutnya, pihak berkuasa tempatan itu turut bekerjasama dengan vendor bagi mengenal pasti punca pencerobohan serta memperkukuh tahap keselamatan sistem.

"MPK memandang serius dan mengutuk kejadian tersebut serta akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan dan memburukkan nama baik serta imej MPK," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, beberapa gambar memaparkan paparan LED milik MPK yang menayangkan rakaman video berunsur lucah tular di media sosial sehingga mengundang perhatian orang ramai.

Artikel Lain