suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rasa macam kuah panas, wanita dakwa alami perubahan positif selepas minum darah haid... Doktor beri amaran jangkitan penyakit!

Ada wanita yang percaya darah haid mempunyai manfaat kesihatan tersendiri jika diminum. -Gambar hiasan AI

HAID merupakan perkara normal yang dialami oleh wanita pada setiap bulan sebagai sebahagian daripada kitaran reproduktif.

Dalam Islam, darah haid dianggap sebagai najis dan wanita perlu mandi wajib selepas ia kering bagi menyucikan diri daripada hadas besar.

Namun, ada pula individu yang menjadikan darah haid sebagai 'minuman' dan mendakwa ia mempunyai manfaat tertentu untuk kesihatan serta spiritual.

Seorang wanita luar negara turut mencetuskan kekecohan apabila mendakwa dirinya mengalami perubahan positif selepas mengamalkan 'petua' berkenaan.

"Saya yakin kamu mungkin tidak tahu bahawa darah haid mempunyai kandungan sel stem yang sangat tinggi.

"Saya cabar kamu cari wanita lain yang mengetahui rahsia tentang minuman darah haid. Mereka tahu sesuatu yang kamu tidak tahu, saya jamin.

"Pertama sekali, saya rasa seperti seorang ratu dari segi tenaga. Saya lebih berani, tidak membiarkan orang mengambil kesempatan dan rasa sangat tenang," kongsinya di Threads.

Masyarakat tidak sepatutnya mengamalkan sebarang petua pelik yang tidak mempunyai sebarang bukti saintifik. -Gambar hiasan AI

Wanita itu turut mendakwa pengalaman tersebut memberikannya satu perasaan yang sukar digambarkan dan menyifatkan dirinya seolah-olah dilahirkan semula.

"Rasanya seperti kuah panas. Tiada apa yang pelik. Rasanya seperti tubuh saya memang memerlukan nutrien tersebut.

"Hari ini saya dilahirkan semula dan saya tidak akan kembali kepada kehidupan sebelum ini," tulis wanita itu lagi.

Penjelasan dari sudut perubatan

Menurut Dr Devia Irine Putri, seorang doktor perubatan dan estetik, sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan darah haid mempunyai manfaat sebagai ubat atau untuk kesihatan. 

"Darah haid boleh tercemar dengan bakteria dan jika diminum, ia boleh meningkatkan risiko jangkitan,” katanya seperti dipetik laman Klikdokter.

Dr Devia turut mendedahkan penggunaan darah haid sebagai 'masker' wajah juga boleh meningkatkan risiko penularan penyakit kelamin.

"Sebagai contoh, jika wanita tersebut mempunyai jangkitan HPV, apabila darah haid digunakan sebagai 'masker' wajah, tidak mustahil virus HPV itu boleh berpindah ke kawasan wajah individu itu," jelasnya 

Malah katanya, risiko kesan sampingan daripada meminum darah haid atau menyapukannya pada kulit adalah lebih tinggi berbanding manfaat yang didakwa. 

Artikel Lain