suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aktif mengait sejak sakit, Syafiq Kyle terkenang topi kecil buatan terakhir arwah ibu

Syafiq terkenang topi kecil yang dikait arwah ibu.

PELAKON Syafiq Kyle berkongsi kenangan menyentuh hati apabila Allahyarham ibunya, Rohaya Sulaiman, sempat menyiapkan sebuah topi kecil hasil kaitannya sebelum meninggal dunia pada 17 Oktober lalu.

Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 34, berkata aktiviti mengait menjadi pengisi masa ibunya ketika keadaan kesihatan semakin merosot.

“Sepanjang kira-kira dua bulan sebelum pemergiannya, ibu banyak menghabiskan masa di dalam bilik kerana keadaan kesihatannya tidak begitu baik.

Mimi (kiri) pencetus idea kepada Allahyarham untuk mengait kembali.

“Dia tidak banyak bergerak, jadi dia menghabiskan masa dengan mengait.

“Selepas ibu meninggal dunia, saya ternampak sebuah topi kecil yang sudah siap dikait olehnya,” katanya.

Menurut Syafiq, minat ibunya terhadap aktiviti itu bermula selepas isterinya, pelakon Mimi Lana, mengetahui arwah Rohaya pernah mengait pakaian untuk anak-anak ketika mereka masih kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq Kyle reda pemergian ibu, sempat baca WhatsApp terakhir – “Ibu dekat sini okey je”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Syafiq Kyle meninggal dunia

Mimi kemudian menghadiahkan satu set peralatan mengait yang dibeli menerusi Shopee kepada ibu mentuanya.

“Kira-kira tiga bulan sebelum ibu meninggal dunia, isteri saya pernah bertanya kepada ibu sama ada dia tahu mengait.

“Ibu memberitahu bahawa dia pernah mengait pakaian untuk anak-anaknya ketika kami masih kecil. Jadi, isteri saya membelikan satu set peralatan mengait untuk diberikan kepada ibu,” kongsinya.

Kata Syafiq, kenangan itu membuatnya terfikir mengenai impian Allahyarham yang mungkin tidak sempat direalisasikan, termasuk kemungkinan untuk menjadi tukang jahit atau membuka kedai jahitan sendiri.

Setiap ibu pasti mempunyai impian.

SYAFIQ KYLE

PELAKON

Malah, ia turut menyedarkannya tentang kepentingan membantu insan tersayang mencapai impian mereka, terutama ibu bapa yang sering mengetepikan hasrat sendiri demi keluarga.

“Pengalaman itu membuatkan saya sedar bahawa kita perlu terus mengejar impian, tidak kira sekecil mana sekalipun impian tersebut.

“Setiap ibu pasti mempunyai impian. Kadang-kadang, apabila mereka melahirkan dan membesarkan anak-anak, mereka terpaksa berhenti mengejar impian sendiri.

Syafiq terkenang momen bersama ibunya.

“Jadi, kepada mereka yang masih mempunyai ibu, saya rasa kita patut cuba bertanya apakah impian mereka. Kalau boleh, cubalah bantu mereka mencapai impian tersebut,” ujarnya.

Sebelum ini, Syafiq memaklumkan ibunya meninggal dunia akibat kanser paru-paru tahap empat.

Pemergian Rohaya turut dimaklumkan oleh adik Syafiq, Syazwan Razak, bersama Mimi menerusi hantaran di media sosial pada 17 Oktober lalu.

Artikel Lain