suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu Syafiq Kyle meninggal dunia

Mimi berkongsi berita duka pemergian ibu mentua.

IBU kepada pelakon Syafiq Kyle iaitu Rohaya Sulaiman dilaporkan meninggal dunia pada pagi Sabtu. 

Berita sedih itu dikongsi sendiri oleh isterinya iaitu aktres Mimi Lana yang memohon doa orang ramai untuk kesejahteraan Allahyarham. 

"Minta doakan ibu mentua saya yang baru kembali ke rahmatullah pagi ini (Sabtu). 

Perkongsian Mimi di Threads. 

"Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah Rohaya Binti Sulaiman, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya," tulisnya dalam satu hantaran di Threads. 

Bagaimanapun, punca kematian tidak didedahkan secara terperinci. 

ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Lana jadi lebih ‘wanita‘ sejak kahwin, syukur dimanjakan Syafiq Kyle 

ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Lana menyanyi dalam filem saja, tak sedia buat lagu takut Syafiq Kyle ‘kutuk‘

Sementara itu, adik Syafiq yang juga pelakon, Syazwan Razak, menerusi hantaran di Instagram miliknya turut berkongsi perkara sama memaklumkan pemergian ibu tercinta. 

"Ibu dah tiada. Minta jasa baik semua untuk sedekahkan al-Fatihah untuk ibu tercinta saya. 

"Maafkan beliau jika ada salah dan silap," luahnya.

 

 

Artikel Lain