VIDEO perkongsian pelakon Janna Nick tentang cara pemakaian tampon untuk golongan wanita mencetuskan pelbagai reaksi termasuk rasa kurang senang segelintir pihak.Janna atau Nurul Jannah Muner, 31, meminta orang ramai agar tidak menghakimi penggunaan produk penjagaan wanita itu. "Kecoh betul fasal selaput dara, video fasal cara nak guna tampon je pun.Perkongsian Janna di Threads. "Tampon itu senipis kapas je bukan sebesar batang timun," katanya dalam satu hantaran Threads.Dalam hantaran tersebut, Janna turut menasihatkan agar tidak memberi fokus kepada isu selaput dara sedangkan perkongsian itu merupakan salah satu kebaikan tentang amalan gaya hidup untuk wanita.Malah, dia sempat berseloroh mengaitkan selaput dara dengan golongan lelaki.ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick belum terfikir ‘comeback’ berlakon, kejar cita-cita jadi pengarah terbaik ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick ambil ubat hormon demi zuriat, tak peduli perubahan tubuh... “Lantaklah korang! Goals saya bukan nak melawa”"Orang yang dah kahwin pun ada selaput dara tak pecah. Yang tak pernah bersetubuh pun ada sahaja selaput dara terpecah sendiri. Jangan terlalu obses sangat dengan selaput dara boleh?"Kalaulah lelaki ada selaput dara juga, hari pertama akil baligh dah hilang daranya," kongsi pelakon itu.Janna memberi maklum balas tentang pemakaian tampon. Menerusi video sama, Janna meminta pempengaruh Leona untuk mengajarnya tentang cara penggunaan tampon.Aktres itu juga mengakui berasa selesa meskipun baru pertama kali menggunakannya.