suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Janna Nick ambil ubat hormon demi zuriat, tak peduli perubahan tubuh... “Lantaklah korang! Goals saya bukan nak melawa”

Janna malas ambil peduli dengan komen netizen.

PELAKON Janna Nick mendedahkan dia kini mengambil ubat hormon sebagai salah satu ikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata bersama suaminya, Dini Schatzmann.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 31, turut memberi bayangan pengambilan ubat berkenaan memberi kesan terhadap bentuk tubuhnya sehingga kelihatan lebih berisi.

"Lain hari, lain pil hormon. Orang masih lagi nak cakap fasal bentuk badan orang lain. Lantaklah korang!" katanya menerusi hantaran di Threads.

Janna kongsi usahanya untuk dapatkan anak.

Menerusi hantaran sama, Janna turut berkongsi foto sejenis ubat yang dipercayai pil hormon.

Menurut Janna, soal penampilan bukan lagi menjadi keutamaannya ketika ini kerana dia mempunyai misi lebih besar iaitu mendapatkan cahaya mata.

"Goals saya bukan nak melawa sebab nak cari jantan atau nak jadi perempuan paling cantik.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Janna Nick tamat belajar di UK dengan keputusan cemerlang, setahun sorok pengajian bimbang penyakit ain

ARTIKEL BERKAITAN: Mula hidup persekitaran baharu di London, Janna Nick doa dapat baby

"Saya ada misi yang saya tengah perjuangkan," ujarnya.

Dalam pada itu, Janna turut menitipkan semangat buat wanita yang sedang melalui pengalaman sama dan berusaha mendapatkan zuriat.

"Semoga semua geng TTC (trying to conceive) terus kuat. Kita kuat!" katanya.

Janna dan suami tak pernah putus asa untuk dapatkan anak.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai yang rata-rata mentitpkan kata semangat buat Jannah selain berharap agar aktres berkenaan tidak berputus asa untuk terus mendapatkan cahaya mata.

Untuk rekod, Janna mendirikan rumah tangga dengan Dini pada 10 Jun 2023.

Artikel Lain