suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zoey Rahman terkesan produk kosmetik China kuasai pasaran, cuba nasib beralih perniagaan kopi

Zoey terpaksa prlahankan perniagaan kosmetiknya.

USAHAWAN dan pelakon Zoey Rahman mengambil keputusan untuk memperlahankan operasi perniagaan kosmetik miliknya, Mikaseries buat sementara waktu susulan lambakan produk dari China yang dilihat semakin mendominasi pasaran tempatan.

Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, 41, mendedahkan perniagaan yang diusahakannya itu berdepan fasa sukar apabila mencatatkan kemerosotan jualan mendadak sehingga 60 peratus berbanding sebelum ini.

"Saya mahu perlahankan sebentar perniagaan kosmetik Mikaseries sebab kita tengok pasaran China sekarang ini sedang mendunia. Kita tunggu sehingga keadaan dah okay, baru kita kembali rancakkan.

Perniagaan Zoey merosot gara-gara barangan China. 

"Bukan berniat nak berhenti, tetapi saya mahu habiskan stok mana yang ada dahulu, kemudian berehat seketika.

"Bercakap fasal jualan memang teruk, jualan sekarang jatuh 60 peratus daripada sebelum ini," katanya Ketika dihubungi mStar. 

Dalam pada itu, Zoey memaklumkan kemerosotan tersebut bukan sahaja berlaku di kedai fizikal, malah platform jualan secara siaran langsung di media sosial turut terkesan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Zoey Rahman nak kaya kerana mahu bantu keluarga… Ambil langkah berani ceburi bidang baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Pedih dan silau, Zoey Rahman alami ulser mata akibat terlalu lama hadap skrin telefon

 

"Kalau buat siaran langsung di media sosial pun memang tak jalan, tiada pembeli yang ramai macam dulu.

"Tipulah kalau kata tak sedih, rasa sedih itu memang ada tetapi saya perlu kuat untuk jalani kehidupan seterusnya," ujarnya. 

Zoey bagaimanapun berkata dia tidak berputus asa dan merancang membuka perniagaan baharu.

Dia kini memulakan langkah dengan meneroka industri makanan dan minuman menerusi pembukaan sebuah kedai kopi pada bulan depan.

Zoey bakal buka perniagaan baharu pada bulan depan. 

"Sebagai pelan sandaran, bulan depan saya akan buka sebuah kedai kopi. Saya sendiri sudah belajar cara membuat kopi dan nanti saya sendiri yang akan turun padang bancuh kopi untuk para pelanggan.

"Ini merupakan bidang baharu untuk saya, jadi saya rasa tidak sabar untuk teroka dan berikan yang terbaik kepada pelanggan.

"Harapnya perniagaan ini menjadi dan dapat terus berkembang maju," ujarnya.

Artikel Lain