PELAKON dan penerbit, Datuk Rosyam Nor menolak dakwaan bahawa genre biopik kurang mendapat sambutan penonton di Malaysia.Rosyam atau Mohamed Noor Shamsuddin, 59, berkata kegagalan sesebuah filem menarik penonton ke pawagam tidak boleh diletakkan sepenuhnya kepada genre yang diketengahkan kerana penerimaan bergantung kepada pelbagai faktor. Kata Rosyam, penonton tidak boleh dipersalahkan kerana mereka mempunyai hak untuk memilih filem yang mahu ditonton."Penonton tak pernah salah. Mereka adalah pembeli. Dengan makanan yang enak, bungkusan yang cantik, pembeli akan datang membeli. Begitu juga filem. Rosyam tidak menjadikan genre filem sebagai faktor kurangnya perhatian penonton."Itulah dunia filem. Jangan kata filem biopik saja, filem moden pun ada yang tak terjual. Contohnya, satu tahun ada 52 buah filem ditayangkan di pawagam, tetapi berapa filem yang meletop? "Kalau 10 buah filem saja berjaya, 42 filem lagi yang gagal itu berapa banyak pula filem biopik? Kenapa filem Mat Kilau boleh mendapat kutipan tinggi? Bukan salah genre filem," katanya kepada mStar.Dalam pada itu, Rosyam berkata perkara sama dapat dilihat menerusi filem Terbang yang mengangkat kisah pelumba rali negara, Karamjit Singh, yang pernah mencipta sejarah sebagai pelumba Asia pertama menjuarai FIA Production Car World Rally Championship (PWRC).ARTIKEL BERKAITAN: “Orang tak terpanggil untuk tengok” - Nam Ron akur sambutan ‘Terbang‘ hambar, penonton kurang minat genre biopikARTIKEL BERKAITAN: Irfan Zaini enggan melatah, kutipan rendah bukan ukuran filem ‘Terbang‘ gagal Menurutnya, populariti subjek atau tokoh yang diketengahkan turut memainkan peranan dalam menarik perhatian penonton, khususnya generasi muda."Adakah sukan perlumbaan rali itu diminati di Malaysia? Sedangkan kita tahu filem itu tentang Karamjit Singh, pelumba Asia pertama menjuarai FIA Production Car World Rally Championship (PWRC). "Tapi Karamjit sendiri tidak diangkat, saya rasa generasi muda tak kenal pun dia. Orang muda sekarang tak tahu pun tentang perlumbaan rali, jadi sukan itu tidak popular."Walhal filem ini diarah oleh pengarah yang sama mengarahkan filem Ola Bola. Sukan bola sepak adalah paling popular di Malaysia, jadi lebih dekat di hati penonton," ujarnya. Karamjit sendiri tidak diangkat, saya rasa generasi muda tak kenal pun dia.ROSYAM NORPELAKON DAN PENERBITSementara itu, Rosyam berpendapat strategi pemasaran dan maklum balas penonton pada masa kini juga memberi pengaruh besar terhadap keputusan seseorang untuk menonton sesebuah filem.Tambahnya, perkembangan media sosial menyebabkan penonton tidak lagi bergantung kepada ulasan media atau menunggu laporan akhbar sebelum membuat keputusan."Penonton sekarang bukan macam dulu yang kena tunggu berita dalam surat khabar. Sekarang bukan malam gala saja, tunggu reviu keluar satu Malaysia dah tahu tentang filem itu. "Bukan hanya wartawan yang buat reviu, tapi semua penonton yang beri maklum balas terhadap sesuatu filem dapat mempengaruhi penonton untuk ke pawagam," katanya. Filem Terbang dilaporkan tidak mendapat kutipan tinggi di pawagam.Sebelum ini, isu kurangnya sambutan penonton terhadap filem Terbang hangat diperkatakan di media sosial selepas karya berkenaan dilaporkan tidak mencapai kutipan seperti diharapkan.Terbang merupakan filem biografi yang diinspirasikan daripada kisah tokoh sebenar, Datuk Abdul Razak Dawood, yang menjadi antara individu penting dalam pengurusan kejayaan legenda pelumba negara, Karamjit Singh.Filem berkenaan hanya mencatatkan kutipan sekitar RM1.2 juta selepas seminggu ditayangkan di pawagam seluruh negara.Terbang menampilkan barisan pelakon seperti Irfan Zaini, Nam Ron, Zizan Razak, Jack Tan, Shweta Sekhon dan Diana Danielle.