TERBUKA menerima pandangan, penyanyi Osama Yamani memberitahu dia tidak pernah berkecil hati dengan pendapat yang dikeluarkan oleh adiknya, Zaki Yamani.Bagi Osama, 25, dia juga sedar cadangan Zaki untuk menghasilkan kandungan bersama bapa mereka, Datuk Jamal Abdillah adalah demi kebaikan bersama. "Niat, doa dia inginkan saya lebih itu, lebih mulia. Sebagai abang, saya tak perlu nak berkecil hati.Perkongsian Osama di Threads. "Malah saya ambil nasihat dan pendapat daripada dia dengan hati terbuka," katanya dalam satu hantaran di Threads.Sebagai seorang yang lebih berusia, Osama juga berpandangan tidak salah untuk mendengar nasihat daripada adiknya.Malah, dia sedia untuk melepaskan ego dan memperbaiki diri untuk menjadi seorang yang lebih baik pada masa akan datang.ARTIKEL BERKAITAN: Osama Yamani akui sukar masih dibayangi Jamal Abdillah, enggan putus asa... “Aku ada barang“ ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan dengan Osama baik, Zaki Yamani anggap isu salah faham sudah selesai"Sebagai abang, perlu turunkan ego demi perbaiki diri untuk masa akan datang," ujarnya.Sebelum ini, dalam satu temu bual, Zaki mencadangkan supaya Osama dapat memperbanyakkan kandungan di media sosial melibatkan bapa mereka yang sudah dikenali ramai.Osama kemudian, dalam satu hantaran di laman Threads, memberitahu dia enggan terus dibayangi nama Jamal dan mahu membina jenama sendiri dalam industri seni.Osama juga menegaskan hubungannya dengan Zaki dalam keadan baik. Hantaran tersebut menimbulkan salah faham sehingga ada yang menganggap hubungan mereka tidak baik.Menjelaskan perkara tersebut, Zaki menegaskan tidak wujud salah faham antara mereka.