suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Osama Yamani akui sukar masih dibayangi Jamal Abdillah, enggan putus asa... “Aku ada barang“

Osama sedar kerjaya seninya sering dikaitkan dengan Jamal.

PENYANYI Osama Yamani enggan terus dibayangi oleh nama bapanya, Datuk Jamal Abdillah dalam mengatur langkah sebagai anak seni.

Meskipun mengakui laluannya tidak mudah, Osama, 25, yakin usaha yang dilakukan pasti membuahkan hasil kelak.

"Aku dah lama hidup atas nama Jamal Abdillah. Sebagai seniman, aku ada impian nak bina kerajaan sendiri. Bukan masih dibayangi kerajaan ayah.

Perkongsian Osama di Threads. 

"Aku tahu jalan yang aku pilih ini susah, tapi itulah aku. Sebab aku tahu ada barang dan bapa akui yang aku mampu jadi lebih baik.

"Cuma masih usaha dan masa belum tiba. Sabar dan terus berusaha," katanya.

Osama menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di laman Threads miliknya pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Yamani nasihat Osama lebih rajin buat ‘content’, gunakan Jamal Abdillah... “Babah muka masam pun buat je” 

ARTIKEL BERKAITAN: Impian tampil berkumpulan tercapai, Yamani Abdillah tak kecil hati tidak dipilih vokalis Cherry On Top

Menerusi ruangan komen, dia juga memberi bayangan kesukaran yang dilalui apabila sering dikaitkan sebagai anak seorang penyanyi legenda seperti Jamal.

"Sebagai anak legenda memang tak dapat lari. Tapi sesiapa pun mahu legasi sendiri, kerajaan dan jenama sendiri tanpa menumpang atas nama ayah.

"Biarlah berpijak dengan bakat dan kemahiran sendiri. Cukuplah ayah saya sekadar membuka ruang untuk kami berkarya dengan jalan yang kami pilih sendiri," ujarnya.

Osama mahu serlahkan bakat sendiri. 

Dalam masa sama, penyanyi ini juga memberitahu dia tidak pernah berputus asa dalam membina kerjaya seni.

"Walaupun ada yang cuba menjatuhkan yang dah jatuh ini, tak apalah. Hidup pun ada pasang surut. Adakala di atas, adakala di bawah. Kedua-dua dah saya rasai," luahnya.

Artikel Lain