suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Belum merasa gaji pertama, guru baharu mengeluh poket makin nipis... ‘Pening’ budaya kutip duit beli hadiah perpisahan

Kutipan sumbangan untuk menghargai guru yang bakal berpindah ke sekolah lain sering diamalkan sejak dahulu. -Gambar hiasan AI

MAJLIS perpisahan sering dianjurkan sebagai tanda ingatan dan penghargaan buat guru yang bakal berpindah ke sekolah lain mahupun bersara daripada perkhidmatan.

Selain memberi ruang kepada rakan sekerja dan murid mengucapkan selamat tinggal, majlis seumpama ini turut menjadi ruang untuk mengenang jasa dan bakti yang ditaburkan.

Bagi memeriahkan suasana, rakan-rakan guru biasanya berpakat mengumpul wang untuk membeli hadiah kenang-kenangan.

Namun, amalan itu bertukar menjadi bebanan buat seorang guru baharu yang ditempatkan di sebuah sekolah.

Mana tidaknya, baharu sebulan bertugas dan belum sempat merasa gaji pertama, dia sudah empat kali diminta menghulurkan sumbangan bagi majlis perpisahan guru di sekolah berkenaan.

Mendidik anak bangsa adalah tugas yang mulia. -Gambar hiasan AI

Mendidik anak bangsa adalah tugas yang mulia. -Gambar hiasan AI

"Kali keempat dah kena bayar bagi kutipan hadiah untuk cikgu berpindah, Walhal baru sebulan masuk sekolah," luahnya ringkas di Threads.

Tambah guru berkenaan, dia juga buntu apabila diminta menyumbang kepada individu yang langsung tidak pernah disapanya sepanjang bertugas.

"Kena bagi sumbangan kepada guru yang tak pernah berbual pun," tambahnya kecewa.

  • Baru sebulan bertugas di sebuah sekolah, seorang guru sudah empat kali diminta menyumbang untuk hadiah perpisahan guru yang berpindah.
  • Guru itu meluahkan rasa terbeban di Threads kerana kutipan dibuat ketika dia masih menunggu gaji pertama.
  • Dia turut terkilan kerana diminta menyumbang untuk guru yang belum pernah berbual dengannya.
  • Sementara menunggu gaji, dia terpaksa berjimat hingga mengikat perut.
  • Kebanyakan netizen menasihatkannya supaya berterus terang tentang keadaan kewangannya agar kutipan itu tidak terus membebankan dirinya.

Lebih menyedihkan, tuntutan sumbangan yang bertali arus itu memaksa guru baharu berkenaan berjimat cermat demi mengalas perut sementara menanti gaji pertamanya masuk.

"Makan pun kena ikat perut sebab tak ada gaji lagi," luahnya sayu.

ARTIKEL BERKAITAN: Diam-diam pindah sekolah, tinggalkan murid tanpa pesan... Cikgu terkejut dapat mesej ‘cinta’ daripada pelajar yang tak disangka-sangka

ARTIKEL BERKAITAN: Sedih cikgu senior dingin, pandang rendah kerana status guru ganti - "Saya ada DPLI, pernah kerja jurutera"

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakannya menasihatkan dia supaya berterus terang dan tidak membebankan diri.

"Kau jangan diam je, cakap terus terang supaya semua orang tahu.

"Tak bayar nanti sampai ke mati pula dituduh berkira, itulah sikap cikgu-cikgu lama yang tak prihatin.

"Jadi cikgu ni banyak betul barang dan perkara yang perlu dibayar ya," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain